Dr MAZA Terkedu Malu Bila Isu Kapal Selam Yang Cuba Difitnahnya Dibalas Dengan Mudah! #MH370


Dr. Maza mencetuskan satu lagi kontroversi melalui status terbaru di laman page Facebook beliau. Dalam status itu, Dr. Maza seolah-olah mempertikaikan penggunaan kapal selam milik negara yang didakwa tidak berfungsi dan tidak memberi sumbangan dalam misi pencarian pesawat MH370.


 Status isu kapal selam scorpene

Namun, ramai pengguna media sosial tidak gemar dengan status berkenaan kerana didakwa mengelirukan fakta sebenar. Seorang pengguna Facebook tampil menjawab status tersebut dengan memberikan hujah balas seperti dibawah:

1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan.

http://www.royalnavy.mod.uk/The-Fleet/Submarines/Fleet-Submarines/Trafalgar-Class/HMS-Tireless

2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!

http://www.youtube.com/watch?v=BVNJGMAwziQ
http://www.navy.mil.my/index.php/aset-tldm/kapal-selam/kd-tunku-abdul-rahman
http://www.navy.mil.my/index.php/aset-tldm/kapal-selam/kd-tun-razak

3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?

Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.

http://www.mindef.gov.sg/imindef/press_room/official_releases/nr/2010/aug/18aug10_nr2/18aug10_fs.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_Tiadakapalselamdigunakan/Article/index_html



4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447.

Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.

5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.

https://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/submarines/ssg

6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.

Walaubagaimanapun, status kontroversi Dr.Maza didapati telah dipadam. Pengguna Facebook dilihat memberikan komen yang bercampur aduk dalam isu itu berikutan kurangnya pengetahuan dan maklumat fungsi sebenar penggunaan kapal selam milik negara kita.

Sumber

9 comments:

Anonymous said...

Kereta lumba f1 untuk lumba rally paris dakar..sama juga kereta lumba.

Anonymous said...

maza ni kurang arif pasal submarine.. submarine tak semesti bermaksud kapal selam, ia juga boleh bermaksud bawah laut, apa itu hidupan submarine, adakah maksud nya hidupan kapal selam. tentu bodoh sekali jika seorang PhD holder bercakap tak guna ilmiah,..kaji dulu peranan kapal selam dalam operasi ini, adakah dianya effective, buka semua kapal selam ada system yang boleh mengesan apa saja...begini lah untuk mudah cerita,... specification semasa order kapal selam apa... kalau dalam specification tiada sebut pengesan untuk benda yang dikehendaki tentu ianya tidak ada dalam kapal selam tu...kena ingat juga laut hindi bukan sekangkang kera, kemana nak dihalakan kapal tu kalau tak pasti, nak ulang alaik dalam kawasan keluasan beribu kilometre persegi macam mesin rumput di padang bola...tentu tak boleh buat macam tu..fikirlah, jangan keruhkan keadaan..gunakan ilmu kamu untuk membantu bukan untuk membuntu atau membuntut..

Anonymous said...

orang ugama kalau tak paham hal teknikal tak payah lah nak komen, nanti jadi macam ada pak aji tu kata "video tu besi", semua standard bomoh dunia, buat dunia ketawakan saja..nak komen kalu Tanya Tanya lah pakar pakar dalam bidang tersebut dulu.

Anonymous said...

Org bodoh yg diam lebih baik dr org bodoh yg bercakap.. Sbb bila ia berckp terserlah lah kebodohannya.. Bila org yg bkn ahlinya cuba memandai2 itu lah hasilnya.. Kita manusia mempunyai ilmu yg terbatas biarlah yg ahli dlm bidang masing2 yg menyelesaikan..

Anonymous said...

Tu la bila yg kurang arif pun nk bercakap gak.

Anonymous said...

dr maza ini kdg kdg yellow submarine gak kot??

Anonymous said...

Dr. Maza, ni la org kata.. bila berperang.., semua nak jadi panglima... padahal ilmu sepanjang kail.. sudah la Dr.. jelas nampak kebodohan disebalik PhD mu itu.. saya dah ilang respek dgn org agama seperti ini..

Langit Dan Bumi said...

tak payah lah nak backing lebih2..yg pasti aset ketenteraan M'sia mmg tunggu nak buat tukun je..beli mahal tapi kurang bermutu..klu canggih sgt pun tak tahu nak manafaat dgn maksimum..org luar dtg menceroboh pun boleh kekuar masuk sesuka hati..PATI dah lbh satu juta kat M'sia ne..apa yg aset ada digunakan..terima je lah hakikatnye..harap negara luar mmg lah senang..lps tu tangan sendiri terikat..

Anonymous said...

admin pun jadik sengal juge ye..
"4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447.

Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan."
persoalannya.. kita ada kapal selam.. apa salahnya mencuba drpd simpan begitu saja..? soal berjaya atau gagal yg penting berusaha menggunakannya.. apakah tanpa menggunakan kapal selam kita conform berjaya...? semua itu sekadar alasan yg direka reka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...