Terkini MH370. Kaedah Segitiga. Adakah Hari Ini Akan Berjaya?


Foto
Ocean Shield dipasang alat pengesan 'Towed Pinger Locator'. FOTO AP


PERTH: Pakar Tentera Laut sedang bertungkus lumus mengesan isyarat ‘ping’ buat kali ketiga supaya dapat menggunakan kaedah ‘triangulation’ untuk memastikan lokasi positif dalam usaha pencarian kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) Mark Matthews berkata, kapal Ocean Shield gagal mengesan semula isyarat itu ketika pencarian hari ini tetapi akan mencuba sekurang-kurangnya satu hari lagi.

Katanya, kapal membuat pencarian dari arah berbeza supaya dapat menggunakan kaedah itu dan memastikan lokasi paling tepat bagi isyarat yang dikesan.

Ocean Shield yang dipasang alat pengesan ‘Towed Pinger Locator’ telah mengesan isyarat ‘ping’ pertama selama dua jam 20 minit, semalam sebelum ia hilang akibat pergerakan kapal.

Namun, ia berpatah balik dan berjaya mengesannya beberapa jam kemudian buat kali kedua selama 13 minit.

Isyarat yang dikesan konsisten dengan isyarat kotak hitam pesawat tetapi masih terdapat beberapa langkah sebelum ia dapat disahkan berpunca dari MH370.
Lokasi tepat bagi isyarat ‘ping’ ini perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya dapat dijalankan.

Tarikh hayat kotak hitam hitam juga dijangka berakhir selepas 30 hari tetapi bateri mungkin bertahan lebih lama.

Apabila lokasi dapat dikenal pasti, kenderaan dalam air berautonomi (AUV) Amerika Syarikat Bluefin 21 akan dihantar ke dalam lautan untuk menghasilkan peta sonar dasar laut selain merakam gambar bagi memudahkan pencarian serpihan atau kotak hitam.

“Operasi ini akan mengambil masa. Pencarian pada lautan dalam selalunya tidak dapat dikendalikan dengan cepat,” kata Matthews. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...