22 Perkara jarang kita fikir apa yang seorang Perdana Menteri rasa?


Renungan...

Ramai yang kata, DS Najib tak pernah susah, tak pernah naik lif sesak-sesak, tak pernah bayar minyak.

Tapi jarang kita fikir apa ye yang seorang Perdana Menteri rasa?

1. Bila bercakap, semua diputar belitkan.
2. Tidak bercakap, merahsiakan sesuatu.
3. Tarik subsidi, dikata zalim.
4. Diberi BR1M, kata tak patut membazir.
5. Umum peruntukan Bumiputera, rasis.
6. Tolong Cina India, tak ada semangat Melayu.
7. Cakap intelektual, orang tak faham.
8. Cakap gaya kampung, dikangkungkannya.
9. Guna kereta rasmi, bazir duit kerajaan.
10. Guna kereta sendiri, kereta Obama hebat giler.
11. Bila berlembut, nampak lemah.
12. Bila tegas, tak berhati perut.
13. Umum dasar, ikut cakap penasihat.
14. Lantik seseorang, kroni dia-lah tu.
15. Kediaman rasmi, dikatakan boros.
16. Duduk rumah sendiri, tak praktikal kerajaan dah sediakan rumah duduk je ler.
17. Nak buat transformasi, semua buat dek.
18. Bila tak berubah, semua salah kerajaan.
19. Bila berprotokol, tak mesra orang muda.
20. Bila berselfie, dah buang tebiat ke?
21. Disuruh bersyukur, dikata mengungkit.
22. Bila diberi, menikam diri.

Kita sedap cakap sebab kita tak duduk tempat dia.

Tak semua mampu nak menanggung benda-benda ini.

Kalau kita, dah lama berhenti.

Merungut itu dan ini, sedangkan makan selalu di KFC.

9 comments:

Anonymous said...

Tak de orang paksa beliau jadi PM pun.

Anonymous said...

hahaha betul!

-smh-

kluangman said...

Uiksss...dah macam rosmah..tak sempat main badminton sebab nak jaga rakyat.

kluangman said...

Uiksss...dah macam rosmah..tak sempat main badminton sebab nak jaga rakyat.

Anonymous said...

Kot tak senang , takde le dia gila kenaruk nk pegang jawatan walaupun yg sokong dia tu lembu je.....

Anonymous said...

Memang orang tak paksa..tapi ingat dah rezeki dan takdir Allah yang tentukan..kau bereformasi ke apa ke kalau bukan hak kau jadi PM..terima aje le..sebenarnya itulah harga yang perlu dibayar bila KUASA ditangan..

Anonymous said...

Susah sangat letak jawatan dan bagi kat orang lain.

Macam kebanyakkan kakitangan awam dan menteri-menteri jugak. Merungut 24 jam tetapi nak jugak duduk jawatan selama-lamanya.

Miss Vee said...

This is What Women Really Like !! >>> CLICK HERE !!

Anonymous said...

anon 19 4.15pm

Sapa yang ko cadangkan kalau najib letak jawatan..LGE dan LKS ke???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...