ADUN UMNO Cedera Parah Akibat Kemalangan..

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dilaporkan patah lima tulang rusuk kanan akibat terjatuh ke dalam longkang di Ampangan, Seremban pada Sabtu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 petang itu, Yunus, 59, berada di kawasan berkenaan untuk ke kedai gunting rambut sebelum terjatuh.

Beliau kemudiannya diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Pakar KPJ Seremban.

Pembantunya, Suhaily Mohd Hashim berkata, doktor mengesahkan keadaan beliau stabil dan memerlukan rawatan lanjut.-suara.tv

2 comments:

Miss Vee said...

This is What Women Really Like !! >>> CLICK HERE !!

Anonymous said...

MAcammana boleh jatuh lagu tu....pikiaq banyak sangat kaaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...