Bertaubatlah.. Title Ustad Bukan Tiket kau mereka-reka cerita yg tak wujud. Lebih baik YB minta maaf. |
Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu mengeruhkan hubungannya dengan UMNO dan Ahmad Razif.
"Tidak pernah terfikir oleh saya nak minta menteri besar baru umum cuti. Hatta, kalau saya masih menteri besar pun saya tak akan berbuat demikian kerana ia tidak munasabah dan boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya harap rakyat tidak mempercayai khabar angin itu dan jika mereka dimaklumkan cuti, itu adalah berita palsu,” katanya dipetik dari portal MalaysiaGazette.
Pemilik akaun facebook yang bernama Ust Dr. Khairuddin at-Takiri itu memuatnaik satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu yang baru kerana mengumumkan hari cuti umum khas untuk negeri Terengganu sempena majllis kenduri kesyukuran perkahwinan anak Ahmad.
Sehubungan itu, tulis pemilik akaun berkenaan lagi, Ahmad Razif meminta seluruh rakyat negeri Terengganu tanpa mengira bangsa dan fahaman politik hadir beramai-ramai ke majlis kenduri tersebut bagi mengenang jasa mantan menteri besar itu sepanjang mentadbir Terengganu.
Ust Dr. Khairuddin turut menulis kononnya, kerajaan negeri juga akan menyediakan bas untuk memudahkan orang ramai ke majlis tersebut yang akan bertolak dari pejabat daerah di setiap daerah negeri Terengganu.
Sementara itu, Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) turut menafikan catatan yang tersebar di laman sosial facebook berkenaan sebagai arahan daripada Ahmad Razif.
Jurucakapnya memberitahu, UKOM menegaskan bahawa penyebaran berita itu adalah palsu dan satu perbuatan keji yang tidak masuk akal dicipta oleh pihak itidak bertanggungjawab.
Menurut UKOM, pemilik facebook itu, Dr. Khairuddin at-Takiri adalah Ahli Parlimen PAS, Kuala Nerus.
5 comments:
asghfirullah ......ustaz-ustaz...kalau betul ustaz ni yang poskan maka pohon maaflah pada yang berkenaan....kot-kot tak sempat.
Ustaz tak dok akal
Ingat ustaz ni faham Islam ke. Pengting diri sendiri jugak.
Ustad pas ni adalah pengarah kilang fitnah pas ganu dan pengarah propaganda untuk memperbodohkan penyokong pr yang memang dah bodoh, jadi bila macai pr baca dorang terus percaya bulat2 macam lambang pas juga. Lepas tu salah pihak Lain tu je standard puak2 munafik pr.
Nie ust politik..bukan ust agama pon.Patut la suka mengfitnah.
Post a Comment