Penjelasan Fifa kenapa Piala Dunia 2014 bertepatan Ramadhan.
BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.
Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014? Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka.
Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil. "Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan.
Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar tetap akan menjalani Ramadan pada masa yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014).
Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014).
Dvorak mengatakan kepada wartawan pada taklimat media harian FIFA, bahawa organisasi bola sepak dunia itu sudah melakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam mengenai para pemain selama Ramadhan.
"Kesimpulannya adalah jika puasa di bulan Ramadhan dijalani dengan betul, tidak akan ada penurunan pada prestasi fizikal para pemain," ujar Dvorak. Michel D'Hooghe, Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, mengatakan kepada wartawan bahawa puasa Ramadan ini seharusnya tidak menjadi masalah, kerana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama pada Sukan Olimpik London 2 tahun lalu.
Sukan Olimpik London yang berlangsung pada 27 Julai-12 Ogos 2012 juga diadakan bertepatan dengan bulan suci Ramadhan, dan para atlet masih boleh bertanding seperti biasa. [sm / islampos / kbr]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment