Yakinlah dan beri mereka peluang!!

Aku beli akhbar Sunday Star hari ni dan terlihat iklan di atas di dalamnya yang dibeli oleh mereka satu muka surat penuh untuk meyakinkan rakyat Malaysia khususnya insiden haram yang digembar gemburkan baru-baru ini.

Tergambar dan terpancar kesungguhan mereka untuk memulihkan reputasi syarikat mereka yang telah tercalar dari isu halal haram produk mereka.

Pendapat peribadi aku yang sememangnya peminat tegar cadburry bersama keluarga yang sentiasa ada stok coklat ini dalam fridge, aku ambil keputusan untuk beri mereka peluang dan aku buangkan rasa syubhah/was-was dalam diri ini dan YAKIN bahawa produk mereka adalah HALAL sebagaimana yang JAKIM telah putuskan. 

Begitulah aku mengajak korang semua agar sependapat dengan aku dan turut sama menikmati coklat yang enak ini tanpa rasa was-was. Cadbury pun tak bayar aku untuk aku yakinkan rakyat Malaysia, ia datang dari hati aku yang suci murni ini. Jangan korang pikir bukan -bukan pulak ye!

Ayuh rakyat Malaysia, buang yang keruh ambil yang jernih.

Dari sinilah aku dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini. Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

 Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

 Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra.

Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula. Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding.
Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu : " Menang sorak kampung tergadai"

6 comments:

Anonymous said...

Tak mati pun tak makan cadbury..

Anonymous said...

Bukan mati x mati,tp pasai nk tolong bangsa melayu sendiri.kalau mcmtu x makan mcd pn x mati la kann

Unknown said...

Bangkrap terus pun tak apa
Buat pengajaran pàda syarikàt lain
Bagi buka màta kuasa beli wàrga islam malàysia
Jangan àdà sapa sapà mengambil mudah hak penganut ISLAM.

Anonymous said...

satu kilang makanan orang islam
kita kata ada babi,ribuan lagi
kilang orang bukan islam kita kata tiada babi,saya rasa islam
ugama yang pelik.

Anonymous said...

Kalau saya nak beri peluang kepada produk Cadbury adalah disebabkan keyakinan saya terhadap JAKIM. Cadbury boleh cakap apa saja yang dia suka tapi yang memberikan keyakinan kepada orang Islam untuk menjamahnya tetap datang dari logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Cadbury bukan sebuah syarikat Melayu. Hanya sebahagian dari saham Cadbury Malaysia dipegang oleh orang Melayu. Melayu yang memegang saham ni tidak punya kuasa melantik pekerja di kilang tersebut. Melayu ni cuma ada kuasa melantik individu dari kalangan mereka sebagai salah seorang lembaga pengarah syarikat. Berapa ramai yang mereka boleh lantik bergantung kepada jumlah % pegangan saham. Lembaga pengarah ni pula bukan hari-hari berada di kilang memantau operasi syarikat. Mereka hadir disetiap mesyuarat lembaga pengarah. Mesyuarat pula tidak semestinya di kilang Cadbury. Selalunya buat kat hotel-hotel besar. Mungkin ada lembaga pengarah tak pernah jejak kaki ke kilang Cadbury. Silap-silap lokasi kilang pon mereka tak tahu. Tolong jangan tipu orang Melayu dengan mengatakan bahawa Cadbury ni syarikat orang Melayu.

Kalau anda yakin dengan JAKIM maka makan dan minumlah semua jenis makanan dan minuman yang telah mendapat sijil halal dari JAKIM. Kalau keyakinan anda kepada JAKIM telah terhakis, carilah sumber makanan dan minuman yang lain.

Anonymous said...

ya ramai ramai kita makan bak kut teh..sebab khalifah lim guan eng dan khalifah lim kit sial mengesahkan dianya halal dimakan olih penyokong pakatan rakyat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...