Fizo Nafi Butik Fareeda Minta Slip Gaji Tiga Bulan Dari Pelanggan..


Aku ingin pohon maaf jika artikel aku mengenai Fareeda berkenaan slip gaji di SINI tidak tepat dan memfitnah. Apa yang aku kongsikan hasil dari tweet seorang pelanggan mereka juga.

Jenama tudung Fareeda sekali lagi terpalit kontroversi apabila ada pihak mengatakan mana-mana pelanggan yang mahu ke butik perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.
Minggu lalu seorang individu telah memuat naik status di laman sosial Twitter mengatakan rasa kurang puas hati dengan cara butik Fareeda Exclusive melayan pelanggan dimana mereka perlu membawa slip gaji selama tiga bulan jika ingin masuk ke mana-mana cawangan butik tersebut.
Namun aktor Fizo Omar yang merupakan Ketua Bahagian Pemasaran Fareeda Global Resources dan menjalankan perniagaan ini bersama isteri, Mawar Abdul Karim, tampil menafikan dakwaan yang dianggap mengarut.
"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?
"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya, gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," ujar Fizo seperti dipetik daripada laporan mStar.
Isteri Fizo, Mawar Abdul Karim merupakan pemilik
kekal syarikat Fareeda Global Resources.
Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan, Fizo, 28, bersyukur kerana jenama tudung berkenaan masih mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan.
"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," katanya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...