Khairy Tegur Kastam!
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyambut baik usaha Biro Antarabangsa Exco Pemuda Umno yang merayu agar Kastam Diraja Selangor memberi pelepasan dan kelonggaran kepada kanak-kanak bernama Kumaira, 6 yang sedang ditahan di lokap Kastam.
Kumaira merupakan warga Indonesia yang ditahan bersama ibunya di perairan pantai Selangor, Banting, 18 Jun lalu selepas bot yang dinaiki mereka karam bersama 97 penumpang lain.
Menurut Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno, aspek kemanusiaan perlu diberi keutamaan dalam kes seperti itu. “Jangan terlalu ikut prosedur sampai kita lupa aspek kemanusiaan,” katanya yang dipetik melalui laman sosialFacebook nya, hari ini.
Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan menemui wakil Kastam Selangor, Shahidul Azidi Abu Zaid dan Agustina di pejabat Kastam Pelaburan Utara.
Menurut Mohamed Hazali, penahanan Kumaira di kedua-dua lokap itu juga boleh memberi kesan psikologi jangka masa panjang kerana dirinya yang masih kecil. Pihaknya juga memohon agar pelepasan turut diberikan kepada ibu kanak-kanak itu yang hamil lebih lapan bulan.
“Perbincangan bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno pada 26 Jun lalu mencadangkan agar dua beranak itu ditempatkan di ‘shelter’ Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.
“Rayuan ini dibuat atas dasar perikemanusiaan dan simpati ke atas nasib mereka yang di reman hingga Selasa ini. Fokus kita adalah memberi pelepasan segera kepada mereka bukannya untuk membelakangkan undang-undang negara,” katanya.
Pada 18 Jun lalu, sebuah tongkang yang membawa 97 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) karam diperairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey, Telok Panglima Garang yang dipercayai dalam perjalanan ke Aceh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Menteri paling berkuasa..semua dia nak tunjuk hero..kelmarin tegur IGP..MANGKOK LIBERAL NI ELOK DITANAM HIDUP2..KAMI XKAN LUPA APA YG KJ DAN BUDAK TINGKAT 4 LAKUKAN MASA ZAMAN TUN DOL!!
dia ingat malaysia ni bapak dia punya ke.tanam dia hidup hidup banyak orang setuju.
siapakah yang mengedar ganja di malaysia pantai barat orang achehlah kj bangang.
Bila pula KJ 10Q tukar portfolio? Sekejap jadi menteri agama, sekejap jadi menteri itu dan ini.
Inilah kesannya kalau budak beringus diberi jawatan, habis portfolio orang lain dikacaunya.
Post a Comment