Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia..
Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia
1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'
2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti İsrael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"
3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu- pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar İsrael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"
4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan İsrael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.
5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang İslam dari orang Arab sendiri"
6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera.-Ketua Pengakap BBCD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wow.. tak sangka. hebat Malaysia ni
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel.."
Post a Comment