Rafizi Jambu Beri Fakta Yang Buatkan Khalid Ibrahim Berpeluh Nak Jawab!


Dedah Terma Penyelesaian Bank Islam,
Jawab Urusniaga Dengan Ecoworld Atau Saman

Posted on August 7, 2014
Saya sedia maklum tindakan pegawai-pegawai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu laporan oleh KEADILAN yang menyenaraikan urusniaga-urusniaga yang menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau.
Urusniaga-urusniaga ini bersabit penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai di antara Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hutang RM70 juta yang perlu dibayar oleh beliau.
Saya senaraikan garis masa urusniaga-urusniaga penting yang menjadi asas kepada penyiasatan KEADILAN terhadap integriti beliau iaitu:
1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah

2. Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan

3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf

4. Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad

5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai

6. Pada 23 April 2014, Bank Islam memfailkan circular resolution kepada pemegang saham sebagai sebahagian dari peraturan Bursa Malaysia. Ia turut menyenaraikan perjalanan kes tuntutan baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Circular resolution itu turut mengesahkan bahawa Bank Islam telah bersetuju menggugurkan tuntutan saman baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun “peguam Bank Islam berpendapat Bank Islam mempunyai kes yang kuat terhadap lawan”
Setiausaha Politik YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa Menteri Besar berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf beberapa kali untuk merundingkan penyelesaian kes hutang beliau.
Tan Sri Rashid Manaf adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan seorang tokoh korporat yang menguasai Ecoworld dan diketahu rapat dengan Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab KEADILAN untuk mengarahkan YAB Tan Sri Khalid menjelaskan:

1. Kenapa hutang beliau berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba?

2. Kenapa beliau merundingkan penyelesaian ini dengan Tan Sri Rashid Manaf?

3. Kenapa Tan Sri Rashid Manaf melalui syarikatnya mendapat manfaat beratus juta ringgit melalui urusniaga tanah dan kontrak pembinaan dari Kerajaan Selangor?
Sehingga kini, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengelak dari memberi penjelasan secara telus kepada pimpinan parti lalu meningkatkan lagi keraguan terhadap integriti beliau.

Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan KEADILAN kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau. Rakyat juga tidak akan lupa bahawa dalam kes penyelewengan dana NFC pun, SPRM dari awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia bukan rasuah dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah.

Tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menggunakan SPRM untuk membersihkan namanya samalah seperti SPRM mengumumkan tiada sebarang penyelewengan berlaku di dalam kes NFC.

Apabila fakta mula difahami rakyat, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya pun dengan kenyataan SPRM bahawa tiada unsur penyelewengan di dalam kes NFC.

Sebab itu, bagi saya cara terbaik untuk YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membersihkan nama beliau dan mematikan sebarang keraguan terhadap integriti beliau adalah dengan cara berikut:

1. Dedahkan secara terbuka terma-terma perjanjian beliau dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba

2. Menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat beratus juta ringgit dari Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Tan Sri Rashid ManafJika pun beliau tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya beliau failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM.

Sehingga kini, beliau tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap saya atau Dato’ Saifuddin Nasution Ismail. Saya percaya ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia beliau dengan Bank Islam.

Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi
7 Ogos 2014

5 comments:

Anonymous said...

yang sibuk nak tukar MB tu kenapa,yang nak diganti dengan azizah tu kenapa,adakah azizah perform..kajang makin kotor, denggi bertambah..apa azizah buat..kalau azizah jadi MB tentu ada conflict of interest sebab suami dia bekas banduan dan bakal banduan...kalau betul nak tukar cari orang yang lebih berintegrity...orang dari PAS pun ada, orang dari DAP melayu pun ada, yang memburuk buruk kan TSKI tu kena apa, adakah kamu juga bebas dari maksiat, berhutang, dan mempunyai credibility yang tinggi...cermin muka kamu sebelum menuduh nuduh, dan pecah belah kan rakyat..you may be clean shaven rafizi, but you are hairy and rotten inside your heart..just like your big liar brother.

Anonymous said...

Kenapa sekarang..why ..why..kenapa masa nak buat perlantikan MB lepas pilihanraya tidak dibuat selia siasat bakal MB..hutang tu sebelum jadi MB..kenapa tak siasat siapa Wan Azizah..layak ke tidak mejawat jawatan MB sedangkan beliau rela dibonekakan..adakah bakal MB Selangor bergitu lemah sehingga sanggup dan rela menjadi boneka..apa jenis mentaliti pemimpin sebergitu..

Anonymous said...

Ada ke patut Wan Azizah nak dijdkn sbg MB. Apalh nk jd dgn org2 PKR ni bodoh xblh diajar..yg kajang menang aritu pn ada ke dia ambil tahu masalah penduduk sana. Memalukan betul la puak2 PKR ni, tp yg aku pelik macai2 ketua penipu tu msh xnmpak jln yg lurus, patuh betul pd ketua penipu tu..x larat aku nk geleng kepala..

Anonymous said...

Kalau Rosmah boleh jadi PM walaupun tak dilantik, kenapa PR tak boleh lantik Azizah jadi MB?

Anonymous said...

Rafizi....ko nampak cerdik tapi bodoh jugak rupanya....
Apa niat dan tujuan besar korang nak letak presiden pkr yg nyata bodoh dlm penyelesaian masalah dlman parti sebagai mb selangor???
Adakah satu hari nanti bila wan sepat bermasalah dlm mentadbir selangor ko akan dedahkan juga ATAU ko akan senyap setelah disumbat dgn habuan kote bengkok nuor????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...