Adakah Azmin Akan Menurut Arahan DAP untuk ambil tindakan terhadap 4 Exco Pas Selangor?


DAP MAHU AZMIN AMBIL TINDAKAN TERHADAP 4 EXCO PAS YANG DIANGGAPNYA SEBAGAI PENGKHIANAT KEPADA PR.

DAP yang telah menyokong pelantikan Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mahu Azmin bertindak memecat empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS yang dianggapnya sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat.

DAP juga berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.

Masing-masing kini dah takde persefahaman lagi dah. Anwar dah berkerat rotan dengan PAS bila ‘cilok’ 2 ADUNnya untuk lawan keputusan Majlis Syura dengan menyokong pencalonan Azizah. DAP pun dah hilang kepercayaan kepada PAS bila 4 Exco Selangor dari parti itu kekal bersama Khalid dan ini bukanlah suatu yang pelik kerana DAP dengan PAS memang umpama retak menanti belah, tunggu masa nak berderai, bukan nak pecah lagi dah.

Sebelum ini seorang pemimpin DAP Tony Phua menggelar Presiden Pas sebagai Nyanyuk.

Tony Phua berkata demikian apabila Haji Hadi membuat kenyataan dalam Muktamar bahawa beliau tidak mahu membawa Pas masuk neraka jika mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dalam isu jawatan MB Selangor.

DAP mahu MB Selangor yang baru Azmin Ali memberi laluan kepada dua Adun Pas iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang dianggap barua dan pengkhianat kepada Pas oleh Haji Hadi dipertimbangkan ke jawatan exco. 

Menurut penganalisis pelantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu sekaligus menguburkan perancangan dan langkah Kajang yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

1) Adakah Azmin Ali juga akan menerima nasib yang sama dengan Tan Sri Khalid apabila beliau menerima jawatan MB yang sudah pasti dilihat mengingkari arahan parti?

2) Adakah mampu Azmin Ali mengekalkan prestasi cemerlang Tan Sri Khalid dalam mentadbir Selangor? Mampukah Azmin menguruskan lebih kurang RM 3 billion simpanan tunai dan RM 60 billion pelaburan milik Selangor?

3) Apakah kita akan melihat satu lagi kelompok penderhaka kepada Sultan.

nampak gayanya ada drama baru lg ler lepas ni..

Kredit : ASSU

5 comments:

Anonymous said...

Rasanya disebabkan 4 ADUN PAS itulah Amin merasa jadi MB..kalau 4 ADUN tu ikut pakatan dah lama Azizah jadi MB..jadi Azmin kenang kenang jasa PAS sikit..jangan ada EXCO dari DAP atau pilih aje muka baru DAP jadi EXCO ...tak banyak songeh..

Otai Bayu said...

Bodoh sangat lah kalau azmin ikut telunjuk cina lahanat dap! Ini lah masa untuk membela nasib orang melayu di selangor, yang telah tetuk ditipu anwar.

Anonymous said...

DAP sebenarnya inginkan Pilihanraya Negeri (PRN) tetapi terhalang oleh adanya 4 exco PAS dan kini terhalang lagi apabila Azmin jadi MB yang baru (krisis tamat).

Kenapa DAP mahukan PRN sekarang? Sebab dia nampak ada peluang menang besar iaitu 24-25 DUN sbb sokongan padu pengundi cina sedangkan undi melayu pecah 3. Dia akan letakkan 3-4 orang calon melayu. Bila menang majoriti maka dia push ADUN melayu tadi jadi MB. Itulah pasal dia marah sangat pada PAS sbb cita-cita dia nak perintah Selangor gagal.

Anonymous said...

azmin jadi mb ada baik dan buruknya.... doa yang terbaik ajalah moga Allah merahmatinya ..aminnn

Anonymous said...

Andaikata PRN dibuat DAP ada calun Melayu untuk jawatan MB adakah PKR akan memberi laluan sebab Penang DAP, Kelantan PAS, Selangor?..pun tak selesai masalah kecuali PAS, PKR beralah dengan Komunis DAP.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...