Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.-Mkini
5 comments:
Barang dah nak reput.., camtu laa...
Berjemaah dengan PKR dan DAP inilah yang dapat dari PAS...hamPAS.
Tidak kah mreka mahu berfikir..,yg Allah telah bayar Cash !
Tidak kah mreka mahu berfikir..,yg Allah telah bayar Cash !
Budak Kuala Kedah ni buat PAS nampak lagi bodoh. Bila ada orang berdoa Allah swt tunjukkan kekuasaannya kepada golongan mereka itu satu kesalahan.
Mereka berdoa seramai satu stadium untuk melaknati insan yang mengucap syahadah yang sama dengan mereka dibolehkan.
Aku tengok budak ni sah pendokong Mat Sabu. Bengong punya Pak Lebai.
Post a Comment