Video Anggota Keselamatan Rogol Wanita Baru Habis Pantang

Tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, 
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 
(JPAM) dan RELA ditahan kerana 
disyaki merogol seorang wanita 
warga asing beberapa hari yang lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi, 
mangsa yang berusia 
21 tahun dikatakan 
dipaksa melakukan hubungan seks 
dengan mereka jika mahu dilepaskan 
kerana kesalahan tiada dokumen 
pengenalan diri.

Berita di atas apabila dibaca mungkin 
dianggap satu kes terpencil namun 
apabila video memaparkan seorang 
saksi kejadian menceritakan apa 
sebenarnya berlaku pada hari 
tersebut menjadi viral.
Ramai orang mula memperkatakan 
tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini 
mengutuk perlakuan manusia yang 
sepatutnya melindungi keselamatan 
negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah 
warga asing ia bukan sahaja melanggar 
undang-undang yang sepatutnya 
ditegakkan mereka malah perbuatan ini 
amat kejam kerana mangsa 
baru dua bulan melahirkan bayi. 

Sudahlah begitu, telefon bimbit dan 
wang RM60 wanita malang itu pun 
dicuri sekali!

2 comments:

Anonymous said...

Macam babi je anggota keselamatan ni...

Anonymous said...

Setitik nila..kalau dah kemaruk sangat p lah lorong belakang macam macam bangsa ada ni semua nak free..lahanat betul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...