Adakah PArti PAS bakal diharamkan oleh ROS kerana ramai perwakilan pemuda yg hadir adalah ahli tidak sah dan tidak mengadakan mesyuarat agung di kawasan masing-masing?
16 SEPT: Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam Selasa kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian.
Kekecohan yang berlaku hampir 15 minit selepas direhatkan bagi meredakan keadaan menyebabkan Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Kamal Ashaari mengalami sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran.
Selepas perbahasan dimulakan, Kamal meminta perwakilan supaya memberi mandat kepadanya untuk mengemukakan persoalan yang timbul kepada pucuk pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama untuk menentukan keputusan.Kamal bertindak menangguhkan sesi perbahasan selama 10 minit bagi meredakan ketegangan dan pertikaian yang dicetuskan oleh beberapa perwakilan di samping mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
“Jika keputusan siasatan selepas ini mendapati pemilihan semula perlu diadakan, sayap parti itu perlu akur dengan perkara itu,” katanya.
Namun, dewan perbahasan sekali lagi kecoh apabila perwakilan dari Terengganu meluru ke pentas utama dan membantah keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Tetap.
Tindakan perwakilan itu menyebabkan beberapa anggota Unit Amal PAS terpaksa membawanya keluar dari dewan muktamar.
Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.
Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.
Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.
“Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah,” kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.
No comments:
Post a Comment