Anwar tak relevan. Bahaya kepada negara..

INSIDEN YANG CUKUP MENGEMPARKAN, THE END OF DSAI

Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...