GST dan ‘Aircond’ – Satu Penjelasan
Beberapa hari lepas, terdapat sebuah artikel yang ditulis oleh seorang blogger pro pembangkang yang kononnya ingin menjelaskan pengiraan GST. Sayangnya, artikel tersebut memberi contoh kiraan yang salah dan terpesong. Dalam artikel tersebut, penulis berkata bahawa GST yang bakal dibayar oleh rakyat terlalu tinggi dan akan berganda. Penulis memberikan contoh rangkaian penjualan ‘aircond’ dengan cara pengiraan GST yang benar-benar salah.
Penulis berkata beliau menulis setelah berjaya menghadiri dan memahami kursus GST yang disampaikan oleh Kastam. Maknanya, penulis masih gagal memahami kursus tersebut secara mendalam kerana masih lagi tidak mampu untuk mengira GST dengan betul.
Penulis mengatakan GST adalah cukai yang berganda (cascading tax) yang akan meningkatkan kos barangan secara mendadak dan akhirnya rakyat terpaksa membayar sehingga 30% GST. Tanpa penulis sedari, dia sebenarnya memberikan contoh sistem SST yang ada pada ketika ini yang akan digantikan dengan GST. ‘Kelemahan’ GST yang ditulis sebenarnya adalah kelemahan SST yang ada sekarang yang menyebabkan rakyat terpaksa membayar cukai berganda tanpa sedar. Inilah antara sebab utama, kerajaan memansuhkan SST dan menggantikan dengan GST.
Dengan menggunakan formula yang sama (harga dan keuntungan) yang penulis jadikan sebagai contoh, saya mengira semula harga ‘aircond’ tersebut kepada pengguna dalam sistem sebenar GST.
Berikut adalah kiraan dan situasi sebenar:
1. Sebuah kilang menjual ‘aircond’ pada pemborong dengan harga RM700 + 6% GST menjadikan kos ‘aircond’ tersebut kepada pemborong adalah RM742. Walaupun semasa pembuatan, pengilang terpaksa membeli material dengan 6% GST, pengilang tersebut boleh menuntut semula GST yang telah dibayar kepada kastam.
Sistem ini dipanggil ‘input tax claim’ atau ‘tuntutan semula’ yang akan memastikan tiada cukai berganda dan kos tambahan kepada barangan tersebut. Jadinya, tidak timbul soal cukai berganda sehingga 12% yang disebut penulis.
2. Pemborong yang membeli ‘aircond’ tersebut daripada pengilang pada harga RM700 + RM42 GST = RM742, boleh menuntut semula RM42 GST yang dibayar daripada kastam. Menjadikan kos tersebut kembali pada kadar RM700.
Kemudian, pemborong itu pula menjual ‘aircond’ tersebut kepada peruncit dengan keuntungan RM50, menjadikan harga ‘aircond’ tersebut RM700 + RM50 + 6% = RM795. (GST RM45)
Jumlah GST yang dikutip dalam transaksi ini cuma RM3 sahaja, selepas RM45 ditolak dengan RM42
3. Peruncit yang membeli ‘aircond’ tersebut pada harga RM750 + RM45 GST= RM795. boleh membuat tuntutan semula RM45 kepada kastam atas GST yang dibayar, sekali lagi menjadikan harga kos peruncit kembali kekal pada RM750.
Peruncit menjual ‘aircond’ tersebut kepada pemasang dengan keuntungan RM50, menjadikkan harga ‘aircond’ tersebut RM750 + RM50 + 6% = RM848. (GST RM48)
Jumlah GST yang dikutip dalam transaksi ini cuma RM3 sahaja, selepas RM48 ditolak dengan RM45.
4. Pemasang membeli ‘aircond’ tadi dengan harga RM800 + RM48 GST = RM848. Pemasang boleh membuat tuntutan semula RM48 kepada kastam dan menjadikan kos pemasang kembali pada RM800.
Pemasang menjual ‘aircond’ tersebut pula dengan keuntungan dan caj pemasangan RM250. Jadi harga akhir kepada pembeli adalah RM800 + RM250 + 6% GST = (RM1050 + RM63 GST) menjadikan harga ‘aircond’ siap pasang sebanyak RM1113.00
HARGA AKHIR = RM1113.00
Jadi, dalam artikel tersebut jelas nampaknya dia masih keliru dengan konsep GST. Sebab itu harga akhir pada pelanggan yang dia kira adalah RM1369.60.
Penulis pula berkata bahawa tanpa GST, harga akhir ‘aircond’ tersebut siap pasang cuma RM987 sahaja. Saya terfikir adakah penulis sengaja mahu mengelirukan pembaca dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kalau ikut formula kiraannya sendiri tanpa apa-apa cukai, RM700 (harga kos) + RM50(untung pemborong) + RM50 (untung peruncit) + RM250 (kos pemasangan) adalah RM1050. Jadi bagaimana penulis boleh dapat RM987?
Apabila GST dilaksanakan kelak, cukai jualan 10% itu akan dimansuhkan dan diganti dengan 6% sahaja. Hasilnya, harga ‘aircond’ akan lebih murah dari RM1050 (harga tanpa GST).
Sistem tuntutan semula GST oleh pengilang, pemborong, peruncit yang dilaksanakan oleh kerajaan bukanlah untuk melindungi kepentingan peniaga. Ianya untuk memastikan bahawa cukai tersebut tidak berganda dan memberi kesan pada harga akhir barangan kepada pengguna.
Tanpa sistem tuntutan semula, peniaga akan memasukkan kos GST yang telah dibayar dalam harga barangan dan kemudian menambah lagi 6% GST yang perlu dicaj. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘cukai berganda’.
http://gstmalaysiainfo.com/gst-dan-aircond-satu-penjelasan/
9 comments:
maka pada akhirnya jika kini pengguna membeli pada harga RM1050 dan selepas GST RM1113...
ini yang menjadi soalnya sekarang...
mohon penjelasan
sedangkan harga barang naik pun menteri cap ayam tk leh control lg la nk kawal tokey2 pasal gst pusing2 rakyat kena henyak
aduuuuh knp la susah sgt anonymous november 7 3:11 PM nak faham. nak terangkan mcmana lg ? dulu matematuk dpt gred berapa spm ? ke baca tak habis ? atau baca pilih2 ... ? kalau mcm ni cara rakyat membaca dan berfikir, sapa2 jadi menteri pun tak larat nak layan, baik songlap aje, susah tau kalau dpt rakyat bodoh.
aircond ada byk jenis bang..bukan fix pada harga 1050..tgk brand and horse power la..skrg ni kat market pun, byk je aircond yang bawah rm1000..bodoh btul anon November 7, 2014 3.11 pm
anon November 7, 2014 at 3:11 PM, bertanya sila jawap, betul pertanyaan anon tu, ini memang anak seberang dah mati akal ni, biasalah blogger pihak ni , maki hamun kalau kalah bicara
Cara dia terangkan macam OSTB pada awal kemelut GST.... rujuk balik jika artikel OSTB itu masih wujud.
@Anon 3.11 pm
Saudara tahu x apa sistem yg kita guna sekarang ni. Kalau x tahu.. kita sekarang guna SST. Berkenaan dgn persoalan kenapa pengguna sepatutnya membeli pada harga RM1050 dan selepas GST RM1113??
Kalau nk tahu.. Sistem SST (Iaitu sistem di gunakan sekarang) akan mengenakan harga ( RM700 (harga kos) + SST 10% (RM770) + RM50(untung pemborong) + RM50 (untung peruncit) + RM250 (kos pemasangan) adalah = RM1120...
Bezanya ialah cukai GST merupakan sistem percukaian yang menghalang kos cukai peniaga di tambah pada harga barangan. Jadi balik kepada 'SST' tadi, Harga akhir tadi ialah RM1050 dan selepas 'SST' RM1120 vs GST Harga akhir RM1050 dan selepas GST RM1113. Yg mana mahal?? a)SST RM1120 atau b)GST RM1113
p/s: kalau nk tahu kenapa dalam gambar cukai SST 6% sebab ini hanya contoh.. Cukai SST boleh mencecah dari 5% - 16%..
Pembangkang dari blok gay n syiah la tu..
terima kasih @mae... maaf le saya ni tak pandai matematik, harap jgn marah, kita cuma berforum kat sini tak lebih dari itu. saya bertanya & apa pun ia tidak akan mengubah dunia. cuma dari kaca mata saya sbg rakyat bodoh & 'menyusahkan menteri':
1. Tak kisah lah sistem SST yg ada hari ini, perbandingan saya jika dikatakan SST yg dipakai pada hari ini saya membayar RM1050 tidak RM1113 & bukan RM1120.
2. GST mungkin lebih superior & efisien dalam mengesan rantai pengedaran serta kos & margin. TETAPI melainkan kesemua kos di rombak semula, kita mungkin mendapat nilai yang sebenarnya. Ini mungkin memakan masa dan pengeluar/pengilang/pengedar/peruncit tidak akan cuba menukar 'titik
harga' mereka sekarang.
3. SST masih terhad & tidak di perketatkan secara menyeluruh, oleh itu pengguna masih dapat menikmati pembelian melalui peruncit tanpanya. seperti sekarang ini di pasaraya dsb. Pengguna hanya melihat harga jualan bersih sahaja.
4. @anon Nov 7 4:52: Mengenai jenama aircond & horsepower....kita tak sebut pun pasal spesifikasi. Saya faham kita ambil contoh aircond dgn titik harga RM1050 itu sahaja...
Post a Comment