Apa yang anda perlu tau berkaitan gambar ini?
SEJARAH YANG DILUPAKAN:
KAEDAH KOMUNIS MEWUJUDKAN REPUBLIK KOMUNIS MALAYA
Daripada Mei hingga Jun 1948, Politburo PKM (Parti Komunis Malaya) membuat beberapa mesyuarat sulit di hutan Pahang bagi menggariskan beberapa strategi/peringkat bagi mewujudkan Republik Komunis Malaya.
Antara strategi/peringkat tersebut :
1) Tentera PKM akan ditugaskan menyerang estet, lombong bijih timah, pondok polis dan kampung yang terpencil. Langkah ini dipercayai akan memaksa penduduk kawasan itu berpindah ke kawasan bandar supaya tempat yang dikosongkan itu direbut oleh PKM dan dijadikan "kawasan yang dibebaskan"
2) Pasukan komunis akan dilatih di kawasan yang dibebaskan, juga dijadikan pusat pemerintahan komunis. Anggota baru PKM akan diambil dari "Min Yuen", iaitu golongan massa yang sudah menjadi penyokong atau bersimpati kepada PKM.
3) Tentera PKM yang terlatih itu akan diarahkan menuju tempat yang dikuasai British untuk membinasakan pekan,kampung dan landasan keretapi dan melakukan gerakan sabotaj yang lain.
4) "Min Yuen" pula akan membantu PKM dalam membinasakan ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan British.
-Khong Kim Hoong (Merdeka: British Rule and the Struggle of Independence in Malaya 1945-1957)
Komentar :
Jelas bahawa perjuangan PKM yang diagungkan oleh sesetengah pihak adalah satu bentuk perjuangan keganasan yang hanya bermatlamat menubuhkan satu Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu.
Dakyah mereka sekarang diputar belitkan seolah perjuangan mereka adalah lebih baik daripada perjuangan kemerdekaan yang telah memerdekakan Tanah Melayu pada 1957. Komunis sekarang diolah sehingga ada yang terpengaruh bahawa perjuangan komunis adalah satu perjuangan mulia yang mengagungkan kesamarataan dan perjuangan rakyat.
Jangan kita lupa, dek kerana mabuk dan taksub di dalam fahaman komunis, mereka sanggup mengangkat senjata dan merancang keganasan secara besar-besaran di Tanah Melayu pada ketika itu.
Apabila masih ada pihak yang meraikan komunis sebagai hero dan mahukan abu mayat Ching Peng kembali ke Malaysia, perkara di atas harus difahami dan diambil sebagai sebab mengapa perjuangan komunis pada masa itu hanya perjuangan berorentasikan fahaman komunis dan bukannya perjuangan rakyat secara keseluruhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment