Azan diarah diperlahankan di Pulau Pinang adalah benar?

KENYATAAN AKHBAR

"ISU AZAN SUBUH YANG DIPERLAHANKAN DI MASJID AT TAQWA"

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pihak PAJIM dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan memfitnah yang telah dilemparkan segelintir pihak mengenai aduan kami berhubung isu laungan azan subuh di Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon, baru-baru ini. Dikepilkan juga kenyataan pengadu/saksi mengenai isu ini.

Mengikut siasatan PAJIM , aduan tersebut berhubung isu azan Subuh yang diperlahankan dan tidak lagi kedengaran di kawasan yang biasanya kedengaran azan sebelum ini seperti di perumahan Kastam, Sek Bukit Gelugor, Apartment Desa Pinang, Jalan Bukit Gambir, kawasan rumah teres dan banglo Bukit Gambir. Terdapat juga aduan dari penghuni blok AK yang juga tidak mendengar azan Subuh seperti kebiasaannya. Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Iman Masjid At Taqwa.

Sekali lagi, pihak PAJIM dengan ini menegaskan bahawa perkara ini telah ditanyakan kepada wakil kariah (imam) terlebih dahulu mengenai isu azan subuh ini dan jawapan yang diterima adalah kerana pihak kariah terpaksa memperlahankan laungan azan melalui pembesar suara kerana menerima aduan dari beberapa orang bukan Islam.

Oleh yang demikian, pihak PAJIM telah menulis aduan meminta agar pihak kariah dan juga YDP MAIPP memantau perkara ini agar tidak berulang lagi. Walaubagaimanapun, jawapan yang kami terima dari YDP MAIPP, Masjid At Taqwa menghadapi masalah teknikal dengan pembesar suara.

Pada 23/1/2015, menerusi satu laporan berita dari akhbar Sinar Harian (m/s 43) mengenai kenyataan daripada AJK Masjid Jamek Gelugor yang langsung tidak berkaitan dengan aduan PAJIM.

Diharap, perkara ini dapat diperjelaskan dan sekali lagi kami tegaskan bahawa perlu Masjid At Taqwa menguatkan kembali laungan azan agar kedengaran seperti sebelumnya di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas.

Sekian, terima kasih.

YUSOF MOHAMAD
PERSATUAN ANAK JATI MELAYU PULAU PINANG


LAPORAN SAKSI

"ISU LAUNGAN AZAN SUBUH DI MASJID AT TAQWA DIPERLAHANKAN"

Saya Ahmad Mokhtar Muhammad tinggal di Changkat Bkt gambir selama lebih 10 tahun. Tiap-tiap waktu solat akan kedengaran azan diperkarangan rumah saya. Tetapi sejak 2-3 minggu yang lepas tidak lagi kedengaran azan. Saya telah berjumpa dengan En Yanis, Imam dan muazzin masjid Taqwa, Taman Tun Sardon dan beliau telah mengesahkan bahawa pembesar suara diperlahankan kerana terdapat aduan dari orang bukan Islam.

Saya maklumkan kepada imam tersebut agar azan dikuatkan kembali. Saya juga telah meminta NGO PAJIM menghantar surat kepada YDP maipp dan juga Dato Rashid TKM pada hari yang sama supaya mengambil tindakan serta memaklumkan kepada Khariah Masjid Taqwa supaya azan dikuatkan kembali. Tetapi selepas sehari azan masih belum kedengaran di rumah saya.

Oleh itu pada keesokan hari saya pergi berjumpa dengan seorang lagi imam Masjid Taqwa iaitu Tuan Hj Salleh dan memaklumkan perkara yg sama. Beliau berkata akan maklumkan perkara ini kepada Khariah masjid. Saya juga menerima SMS dari YDP MAIPP bahawa maklumat yang beliau dapat bahawa ada masalah dengan pembesar suara.

Setelah dua hari saya masih belum mendengar azan di rumah saya. Pada hari yang ketiga saya pergi berjumpa dengan seorang lagi imam Masjid Taqwa iaitu Tuan Haji Ismail. Beliau juga mengesahkan bahawa rumahnya yang berdekatan dengan masjid juga tidak mendengar azan dengan jelas seperti kebiasaannya.

Selepas itu saya maklumkan sekali lagi kepada YDP MAIPP melalui SMS, bahawa azan masih belum kedengaran di rumah saya seperti kebisaannya. Beliau memaklumkan bahawa "jika ada masjid yang perlahankan azan tidak ada masalah". Oleh kerana jawapan yang di terima tidak memuaskan dan masih belum ada tindakan dari masjid Taqwa maka saya kemukakan masalah ini kepada rakan-rakan saya di dalam NGO-NGO Islam.

Kemungkinan besar sebahagian daripada NGO-NGO Islam telah memaklumkan kepada pihak media seterusnya Pengerusi Kariah Masjid Taqwa telah membuat kenyataan untuk menafikan perkara ini. Sehingga ke hari ini azan masih belum kedengaran di rumah saya walaupun sejak 10 tahun yang lepas ianya jelas kedengaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...