Kapal nelayan Malaysia dibom oleh Indonesia!


BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.

5 comments:

Labu8455 said...

Itu adalah hak mutlak kerajaan Indonesia bagi mengajar "penceroboh" supaya berhenti dari terus "menceroboh" jadi kenapa kita nak buat bising ? Tolong belajar hormati undang undang dan kedaulatan negara negara jiran terutamanya.

Anonymous said...

Tak pe lah, jd lepas ni malaysia tak pyhlah nak takut2 atau rasa bersalah nak ambil tindakan sewajarnya keatas pesalah2 imigresen dr Indon.

Mereka juga perlu meghormati undang2 negara ini. Mereka dah tunjukkan cara. Apalagi yg ditunggu.

SolitaireHunter said...

Kerajaan Indonesia lebih mementingkan kedaulatan tanahairnya mengatasi segalanya. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan duit dengan mengutamakan denda. Begitu juga dengan pendatang haram ke Malaysia ditangkap dan kemudian diputihkan supaya kerajaan boleh mendapat levi sebagai pendpatan tanpa memperdulikan kesan kebanjiran pendatang haram ke negara ini..

Anonymous said...

Wow. Ape2 pun Malaysia mmg tumpuan rakyat yg bom kan kpal kita. Kenapa ya? Kerna lumayan

Anonymous said...

Malaysia ni pemurah. Byk org dengki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...