Nahas QZ8501: Suasana Pilu bertukar gempar!

JAKARTA – INDONESIA Suasana hening dan pilu bertukar gempar apabila satu daripada tujuh jenazah mangsa nahas QZ8501 dilaporkan terjatuh semasa dipindahkan ke hospital.
Memetik laporan dari portal berita Kompas.com, insiden tercetus sebaik jenazah itu  dibawa turun dari sebuah kenderaan di Hospital Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan, hari ini. Menurut laporan tersebut, proses pemindahan jenazah ke hospital tersebut bermula lancar pada awalnya.
Bagaimanapun jenazah ketujuh penumpang QZ8501 yang dibawa turun oleh petugas dilaporkan terjatuh tiba-tiba sebelum diletakkan di atas troli.
Insiden tersebut menyebabkan suasana bertukar panik lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu-ibu mangsa sebelum dapat ditenangkan oleh petugas-petugas khas.
“Tolonglah, tolong bantu angkat jenazah itu!” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Sejurus menyedari keadaan jenazah, petugas-petugas bergegas membetulkan posisi jenazah tersebut.Setakat ini, 30 mayat dilaporkan ditemui semasa usaha mencari dan menyelamat dijalankan.
Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya berjaya dikenal pasti.Pihak berkuasa melaporkan, pencarian ke atas 132 mayat mangsa nahas tersebut masih diteruskan.
-KualaLumpur Post

2 comments:

Anonymous said...

Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

Serang Kelantan..

Operasi Tsunami Kuning.

Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

Anonymous said...

Kerajaan Negeri tidak mengaku kesalahan mereka dan tetap menyalahkan ALAM..kalau hujan lebat sekalipun air bah takkan bergitu keroh penuh lumpur dan selut..takkan ada sisa sisa balak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...