Pelik bila Ku Li tak faham GST


1. Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

2. Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja beliau mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat biasa. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

3. Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi.

4. Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih.

5. Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

6. GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

7. GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.

8. Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini.

9. Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?

10 comments:

Anonymous said...

Siapa kamu berbanding Ku Li?

Anonymous said...

Yang lagi pelik ialah tuan yang malas membaca dan memahami teks ucapan dan menulis artikel half past six..

Misleading people eh? careful on what you wrote...

Anonymous said...

Apakah anda betul2 faham apa yang Ku Li cakap sebelum anda menulis artikal ini?

Anonymous said...

ceh.. mcm bagus

Anonymous said...

Assalamuallaikum semua....

Saya cukup bersetuju dengan cadangan YB Tengku.

GST masih dalam kesamaran tentang tujuan sebenar. Oleh itu mesti ditangguhkan atau dimansuhkan.

Buat masa ini kita sentiasa dimomok-momokkan dengan GST itu membantu rakyat yg kononnya akan mengurangkan pembelanjaan dan memfocuskan kepada needs. Yang paling 'tragis' lagi, GST dikata sebagai penambah baik atau penstrukturan tax.

Tapi setakat dlm bulan ini, surat2 pemberitahuan dari syarikat berbentuk service sudah diterima mengatakan pembayaran BERTAMBAH sebanyak 6%. Antaranya IWK, health insurance, motor vehical insurance dan sebagainya.

PERSOALANNYA:
1) Kenapa TAMBAH? Adakah selama ini syarikat tersebut TIDAK membayar tax kepada kerajaan?
2) Adakah ini merupakan 'loop hole' untuk Syarikat mengaut keuntungan atau 'instant profit'?
3) Dimana yg dikatakan 'membantu rakyat'?
4) Sebab GST pon masih samar... takkan disebabkan negara lain gunakan GST, kita pon nak ikut tanpa usul periksa?
5) Adakah ini cara yg halus untuk MEROMPAK rakyat?

Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan doa orang yang disakiti itu makbul.

Anonymous said...

KU LI FAHAM APA ITU GST. KENAPA DIA TAK BANTU KERAJAAN MEMBERI PENERANGAN KPD RAKYAT. KENAPA BARU SEKARANG DIA MEMPERSOALKAN GST INI.JADILAH PEMIMPIN YG BAIK.

Unknown said...

ku li masih meyimpan dendam...Ini kita kena faham!!!

Anonymous said...

Nampaknya blogger ni lagi pandai daripda KuLi and Tun M. Kalau ikut teori blogger ni, mulai 1 April ni, harga barang akan turun sebab GST. Betul ka? Kalau dulu beli tepung, gula, susu RM20, lepas 1 April mungkin RM18 kot? Betul ka? barang semua lebih murah. Atau masih RM20 juga dan tambah pula 6%? Atau kalau dulu beli barang2 ni kat kedai runcit tak ada cukai, sekarang dicukai? Biar betul blogger "bistari" oi!! Tunggu dan lihat. Janagan nanti hang blog complain GST pulak, ok? Support la GST sampai mampus!

Anonymous said...

Kalau tak nak Gst boleh lah berhijrah ke Myanmar, Timor Leste atau pun Bhutan.

Anonymous said...

rata2 barang sudah dinaik kan harga..cuba pergi semak harga2 di pasar raya dan restoran2 besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...