Kisah cybertrooper tegar DAP yg malang lantas meninggalkan perjuangan 'keyboard warriornya"


Raja Mohd Shahrim

Buat pertama kalinya aku dedahkan ahli keluarga... kerana risikonya amat tinggi berbanding anda semua.. aku ramai musuh dan hater yang memang mahu mengenali siapa RMS yang tak pernah henti menyerang UMNO dan BN... tapi rupanya sia sia aku menghabiskan masa dan sumber utk pembangkang.... dah masuk 3 hari , 3 org ahli keluarga aku terlantar sakit, dan 3 hari juga aku tak dapat berniaga kerana menjaga mereka... puas bertanya YB dan MP yang aku sayangi.. dari pakatan pembangkang, jika ada yg sudi membantu.. rupanya aku tersilap perhitungan... aku dilayan seolah menyusahkan mereka.. baru aku sedar...dan berpijak dibumi nyata...apa yg alku lakukan ni semua sia sia.. keluarga terabai kerana terlalu bersungguh sungguh mahu melihat pembangkang menguasai negara dan KEBAJIKAN RAKYAT TERJAGA.. tapi rupanya sama saja.. baik UMNO dan PR hanya pandai memainkan sentimen rakyat saja.. usaha yg aku lakukan selama ni dimedia baru sehingga pelbagai ugutan bunuh, serta maki hamun tak berbaloi..hanya menambah musuh saja....

Nilah realiti rakyat marhean .. yang sanggup melakukan pengorbanan kerana mahukan masa depan mereka terjaga.... kini aku sedar.. sudah sampai masanya aku meninggalkan 'pertarungan' ni.. baik aku tumpukan usaha demi survival keluarga dan demi masa depan mereka...... harap anda semua dapat membantu, anggaplah ni sebagai tanda penghargaan terhadap apa yg aku lakukan selama ni... ada ramai lagi yang berkemampuan diluar sana malah lebih baik dari aku dlm penyebaran info da maklumat.... aku hanta marhean yg tidak ada nilai dimata pemimpin yg kini selesa dgn kedudukan sebagai YB dan MP, mereka menang.. aku kalah....

15 comments:

Anonymous said...

Balasan fitnah dan bohong. Amalkan lagi. Mintak bantuan dari LKS dan LGE. Padan muka

Anonymous said...

Cuba minta bantuan dari umno pasti tak mengeewakan jgn anggap semua sama. Kalu dah umno tolong jgn buruk sangka, kebanyakan pembangkang pentingkan diri sendiri kalu ade pun tak ikhlas, hanya segelintir umno saja yg tak ikhlas dan biasenye akan menjadi pembangkang kalu misinye atau kehendaknye tidak dilayan.

Anonymous said...

Inilah balasan yg kamu dpt atas fitnah yg kamu sebarkan... Untuk menjatuhkan kerajaan melayu Islam... Allah murka pada org mcm kamu... Bertaubatlah saudara dan bersatulah demi agama dan bangsa melayu sbb melayu adalah teras agama Islam di bumi bertuah ini...

Anonymous said...

Berusahalah sesungguhnya rezeki dari yang Esa bukan parti pemerintah atau pembangkang..guna mulut mata dan tangan memohon doa dipermudahkan segalanya..ini semua hikmah kehidupan..moga ada yang sudi membantu..kita lupa rezeki yang kita beri untuk keluarga jika tidak berkat akan menyusahkan kita semula..moga Allah membantu saudara..amin

Anonymous said...

Dulu budak Ekhsan Bukharee kena buang kerja gara-gara nak minta kenaikan elaun seperti yang terkandung dalam manifesto bukan janji pembangang PR. Kali ni RMS pula di perbudak-budakkan oleh pemimpin PR.... itu baru diperbudak-budakkan, kata LAWAN TETAP LAWAN.... nak mati syahid, baru anak beranak diuji dengan kesakitan dah menyerah kalah. Lebih baik pergi mampus je... hidup pun tak membawa kesenangan pada orang lain

Anonymous said...

RBA dah bersepah, buat apa bayar blogger melayu.
Battlefield pun dah banyak beralih ke FB , bukan blog dah.

Anonymous said...

PADAN MUKA!

Sampah tetap sampah. Patut lah apek2 dap sesama mereka cakap "Melayu BOLOH!"

Anonymous said...

Alhamdullilah bagus la kalau dah insaf dan sedar..sebusuk busuk melayu islam tetap saudara kamu RMS...tebuslah kembali dosa dosa kamu dgn berbaik kepada bangsa mu sendiri

Anonymous said...

Setuju dgn anda

iklan penang said...

sakit hati bila baca komen RMS di mkini, berapi-api mengutuk kerajaan. sampai lupa dosa memfitnah.

Anonymous said...

mudahnya tergugat, betul laungan anwar kalau takut ombak jgn berumah tepi pantai...
eleh anwar tak pa la, sumber wang utk keluarga tadak masalah dn tak perlu pikir sumbangan utk penyokongnya atas alasan belum memerintah.

lain dgn parti yg meemrintah, bukan sj kena pikir survival keluarga tp juga penyokong mereka, sbb tu kena cekap cari sumber....

penat la jd ahli politik... dan penyokong yg tegar dn perasan bahawa inilah kebenaran dan perjuangan, akhirnya terdampar dipulau kesepian dgn anak isteri melolong sakit dan lapar yg perlu diubati dan makan.

berckp lantang n berdegar2 boleh laa atas nama agama atas kebenaran akhirnya sesuap nasi sesudu ubat perlu dicari utk yg tersayang...

Unknown said...

Buang yang keruh ambil yang jernih,marilah kita membantu RMS demi bangsa dan ugama.Semoga dia insaf hendaknya.aku yang jauh ni hanya setakat boleh berdoa buat dia.

Unknown said...

Buang yang keruh ambil yang jernih,marilah kita membantu RMS demi bangsa dan ugama.Semoga dia insaf hendaknya.aku yang jauh ni hanya setakat boleh berdoa buat dia.

Unknown said...

Buang yang keruh ambil yang jernih,marilah kita membantu RMS demi bangsa dan ugama.Semoga dia insaf hendaknya.aku yang jauh ni hanya sekadar boleh berdoa buat dia.

Anonymous said...

Inilah sebahagian kecil balasan Allah atas kerja amalan mungkar kamu sebelum ini.

Selagi kamu tidak bertaubat dan memohon keampunan dengan orang2 UMNO dan kerajaan yang sah maka selama itulah kamu akan menerima balasannya sehingga akhir hayatmu sebelum dihisab dan diberikan lagi balasannya diakhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...