KEJATUHAN NILAI RINGGIT. APA CERITA??
KEJATUHAN NILAI RINGGIT
Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.
Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.
Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka’.
Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :
• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS
Adakah saya perlu teruskan?
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.
Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.
Apabila kita lihat pada Ringgit,
• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus)
Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus?
Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini.
Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.
Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).
Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Dulu
a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.
Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.
Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu.
Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.
Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?
1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?
Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.
Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.
Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.
Hakikat sebenar, tiada seorangpun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
akhirnya ada gak org bandingkan nilai2 matawang negara lain berbanding dolar...selain ringgit berbanding dolar...
ramai tak perasan...since 2011 byk nilai2 matawang dunia yg jatuh berbanding Dolar...
ini maklumat tambahan dr aku
RM-USD dinilaikan RM4.03 pada hari ini, average nilai adalah RM2.90 sepanjang tahun 1972 - 2015, nilai terendah sepanjang tempoh adalah RM4.71 pada Januari 1998 dan tertinggi adalah RM2.10 pada Oktober 1978..
rujukan: http://www.tradingeconomics.com/malaysia/currency
pee/ass: 1998 sapa menteri kewangan masa tu ye????
-smh-
Apa yang kita selaku rakyat biasa boleh lakukan untuk membantu ekonomi negara dan menangani kejatuhan nilai ringgit? Ada cadangan?
Sesetengah orang tidak tahu apa faktor yang mempengaruhi nilai matawang. Bila nilai ringgit jatuh mula berdemo tak tentu hala. Ini cuma akan memberi reputasi yang lebih buruk terhadap kestabilan negara sekaligus mengurangkan keyakinan pelabur asing, seterusnya akan menjadikan nilai ringgit terus merosot. Inilah yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang, menyerang ekonomi negara dan mneyukarkan usaha pemulihan ekonomi negara oleh kerajaan. Rakyat marhaein yang kurang pengetahuan menyangka dengan berdemo maka ekonomi negara akan bertambah baik.
Orang yg komen negatif tu dari pembangkang mcm Raifzi kerana otak dah diprogram kearah negatif spt. pembohongan, penipuan dan fitnah. Komennya x de fakta yg sebenar dan x de realitinya.
KLIP DISINI
"Dulu
a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan..."
Dulu?
Sekarang? Tak de? Ke camne cerita tu, wak.
Kenapa harus membandingkan RM dengan USD? Kenapa tidak matawang lain contohnya Yen ke, rial ke, rupiah ke. Lupakanlah USD tu, kita berbelanja x pakai USD pun. Kurangkan dagangan menggunakan USD, sebaliknya gunakan matawang lain yg lebih setabil dan x banyak beza dengan RM.
RM nak jatuh itu tak apa kalau kita tak perlu import barang makanan dari luar negara sebagai contohnya. Ni tak. Kos sara hidup makin tinggi dan bukan semua rakyat Malaysia orang berada atau kaya. Kalau boleh import barang menggunakan RM itu amatlah dialu alukan. Tapi laku ke RM ni kalau nak bayar import barang dari negara luar ? Atau kita boleh tanam gandum sendiri itu juga amat dialu alukan. Atau lepas ni tak payah makan roti atau apa saja makanan berasakan gandum sebab kos mengimport mahal. Ni adalah persoalan yg bermain di fikiran rakyat biasa sahaja . Camne ni.
Ko ni peniaga ke pengguna..kalu pengguna apa nak heboh sangat..beli lah dgn RM bukan USD..tak kan nasi lemak,roti canai,teh tarik kau bayar dgn USD ke...BANGANG.
Aku beli tepung, roti, kentang x lah mahal rm2 lebih je sekilo. Tenguk jenama, ada yg lebih murah mcm kentang Indon RM1 lebih je sekilo. X de beza sangat dengan harga dulu2. Lagi pun barangan makanan x bercukai, mana ada mahal? Anon 259, kau beli kat mana? Kalau barang2 makanan kau beli mahal adukan pada KPDNKK atau Kastam. Rakyat perlu bijak berfikir yg positif bukan yg berunsurkan negatif. Kos hidup naik mungkin banyak sangat bil nak bayar kot. Kalau gitu cantas yg x perlu contohnya ASTRO. Aku cantas Astro pun masih boleh tenguk tv, bil kurang.
Dei macai, kita kat Malaysia nie makanan popular ayam, daging ngan kambing. Dedak, bertih jagung ternakan hampir banyak yg kita import dr luar. Import alat ganti kenderaan lg. Bila ringgit menjunam yg dpt bnyk manfaat adalah pelancong dan pelajar asing spt diberitahu oleh menteri2 lembu umno. Rakyak terbanyak dpt apa? Gst, hutang negara, barang naik, menteri lembu dan macai yg bodoh spt kamu..
Post a Comment