Pembohongan Lim Guan Eng dan Hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang...


Lim Guan Eng berkata, kejayaan penurunan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 90 peratus adalah berikutan amalan pentadbiran kewangan yang bersih dan baik.

Ini adalah satu pembohongan yang nyata.

Penurunan hutang kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Pusat berkurangan secara mendadak apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menandatangani perjanjian penstrukturan semula aset air dengan Kerajaan Persekutuan pada Jun 2011.

Melalui perjanjian penstrukturan semula aset air, Kerajaan Pulau Pinang memindah milik semua aset air milik Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Aset Air Berhad, syarikat milik MoF Inc (Kerajaan Pusat).

Berikutan pemindahmilikan aset air negeri kepada PAAB, semua hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan perkhidmatan air bersih di Pulau Pinang sebelum 2011 berjumlah RM 655.2 juta turut berpindah menjadi tanggungan PAAB.

Kerajaan Negeri menjadi "bebas" daripada hutang berkenaan tanpa membayar satu sen pun wang tunai.

Pengurangan hutang tersebut tiada kaitan langsung dengan pengurusan kewangan oleh kerajaan negeri mahupun amalan tender terbuka yang kerajaan negeri mengaku mereka amalkan.

Pengurangan hutang kerajaan berlaku tanpa sebarang pembayaran tunai oleh kerajaan negeri.

Pengurangan hutang berlaku kerana Kerajaan Negeri "refinance" hutang lama dengan mencagarkan semua aset air milik negeri kepada PAAB, agensi Kerajaan Pusat selama 45 tahun mulai 2011.

PBA Pulau Pinang sebagai operator perkhidmatan air bersih di Pulau Pinang dipertanggungjawabkan untuk menebus kembali semua aset air milik negeri yang dicagarkan. PBAPP perlu membayar kos pajakan tahunan berjumlah RM14.56 juta setiap tahun selama 45 tahun.

Tak habis-habis Lim Guan Eng menjaja cerita karut kononnya beliau berjaya bayar 90% hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat.

Pengurangan drastik hutang berlaku pada 2011, selepas perjanjian penstrukturan semula aset air ditandatangani; ia bukan berlaku tahun lalu...

Sekiranya Lim Guan Eng begitu hebat menguruskan kewangan kerajaan negeri, kenapa beliau tidak melunaskan baki 10% hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat? Baki RM 65 juta sahaja bukannya jumlah yang begitu besar bagi Pulau Pinang ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...