AS melihat SPR bertindak 'double standard' dalam hal ini! Tak untung pun!


Upah bayaran balik kampung untuk mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam hal ini AS pelik kenapa sekarang baru muncul isu ini salah di sisi undang-undang? Adakah disebabkan kebodohan PAS yang secara terang-terangan mengisytiharkan pemberian duit tambang ini secara megah di kaca TV? Yang PAS pun satu bangkai, dah nak bagi tu senyap-senyap sudahla. Tak yah siap buat press conference lagi. Jika diambil tindakan nanti, kata macam-macam la pulak si juak pASni! Awat? Nak bagitau sangat ke yang duit balak PAS tu dah banyak sangat? Siap bagi stetment dengan riaknya nak bagi seorang RM200 ke RM250.

Berdasarkan pengalaman AS, bukan saja PAS malahan BN pun memang bagi upah balik kampung (cuma mungkin tiada rekod @ tiada pengumuman rasmi macam PAS saja). AS tak suka SPR bersikap double standard!! Yang mana SPR perlu bertindak neutral, bertindaklah scara neutral tanpa dilihat oleh pihak lawan yang SPR ni terlalu bias. AS tahu majoriti petugas SPR pro Pakatan Rakus terutamanya di peringkat bawahan tetapi juak PR melihat SPR sebagai alat untuk UMNO BN. Dalam isu seperti ini., SPR tak perlu berkelakuan sebegini dimana keadaan yang tak menguntungkan BN pun! Smua orang tau yang BN pun bagi duit tambang ni, malahan siap ada unit jentera dalam DUN/Parlimen Portfolio Pengundi Luar Lagi!

AS: Berkata benarlah walaupun pahit!

N45 Galas: Habuan RM250 Menyalahi Peraturan Pilihan Raya

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi meru...pakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi.

2 comments:

Anonymous said...

Persoalan nya sekarang "Adakah Undi itu RAHSIA". Bagi aku nak bagi duit ke keropok ke, semua ini hanyalah alat untuk memancing seseorang. Kita sendiri pun selalu buat benda yang sama untuk anak2, kalau puasa penuh dapat duit raya, sehari RM1 kalau dapat 30hari RM30. Tapi persoalan yang timbul samada dalam keadaan mana sogokan ini dimulakan. Berbalik ke isu diatas, kalau nak beri suruh balik mengundi, lepas tu dibayar selepas undi pihak kami,.. ini yang tak betul. Nak bagi bagi je le, Undi kan rahsia, kami pangkah ke tidak itu perkara ke dua.. Bagi BN aku tengok, dia bagi tapi tak pula sebut selepas hangpa undi kami. Tengok apa jadi di Hulu Selangor, orang cina dapat habuan tapi Undi tak berpihak ke BN pun. Macam aku, kad ahli PAS aku ada, ahli UMNO aku ada, ahli PKR pun aku ada... Bila undi, undi aku adalah rahsia....

Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Saya dan kesemua team blogger Wangsa Maju akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang.

Saya tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..



SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...