DAP sial tetap terus membakar api perkauman


Pemimpin DAP Gagal Berpijak Di Bumi Nyata

Penjawat awam yang dilihat oleh Tony Pua, Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, sebagai 'tempat pembuangan siswazah Melayu yang menganggur' dilihat sebagai modal murahan dalam memperjelaskan kepada umum bahawa DAP merupakan parti tunggal dalam negara yang sentiasa gemar membuat tohmahan perkauman.

Tohmahan itu juga dilihat sengaja ingin menjatuhkan air muka hampir 300,000 penjawat awam bukan Melayu yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Pernah diperjelaskan di akhbar Utusan Malaysia di ruangan Forum keluaran Selasa 28 Mac 2006 bahawa DAP, terutamanya Lim Kit Siang, tidak cukup faham berhubung isu kakitangan awam.

Kenyataan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada waktu itu berhubung pengisian penjawat awam yang dikatakan didominasi oleh kaum Melayu menunjukkan beliau mahu menjadi jaguh berhubung isu yang beliau sendiri kurang faham.

Perkara ini dijelaskan mengikut perspektif kakitangan sokongan yang merupakan majoriti kakitangan awam.

DAP seharusnya memulihkan tahap penguasaan bahasa rasmi negara di kalangan bukan Melayu terutamanya kaum Cina yang beliau dakwa tidak mendapat tempat di dalam perkhidmatan awam.

Ini kerana, jika dilihat kepada kelayakan akademik bagi kakitangan kumpulan sokongan khususnya kerani, kepujian dalam Bahasa Malaysia menjadi asas untuk dapat melicinkan jentera pentadbiran sesebuah jabatan kerajaan kerana Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi perkhidmatan awam Malaysia.

ogiknya, pemahaman yang tinggi amat diperlukan untuk mempertejemahkan pekeliling-pekeliling, surat-surat pekeliling, arahan-arahan umum perkhidmatan dan perbendaharaan juga tatacara-tatacara, yang semestinya menggunakan bahasa kebangsaan, ke dalam tugasan kerja yang dikehendaki.

Berdasarkan fakta tersebut, DAP wajar melihat sejauh mana tahap penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu di negara ini hasil daripada sistem pembelajaran, terutamanya sekolah vernakular, yang selama ini digunapakai.

Dipanjangkan lagi, apa pula usaha DAP dalam membantu golongan yang mengundi mereka supaya mereka lebih kompetitif, realistik dan sedar akan hakikat perlunya penguasaan bahasa kebangsaan yang baik untuk menjawat jawatan hatta sebagai kerani, di dalam perkhidmatan awam. Memang jelas tidak ada.

Pelajar-pelajar sekolah-sekolah jenis kebangsaan semakin hanyut dalam keindahan bahasa ibunda masing-masing umpama terlalu lama menghayati kebiruan langit hingga terlupa kehijauan rumput yang dipijak.

Jadi apa haknya pula DAP layak untuk melontar tohmahan keji sebegitu? Tidak ada sekatan melainkan batas kelulusan dalam matapelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM yang membuatkan kaum Cina gagal untuk mengisi jawatan Kumpulan Sokongan yang merupakan lebih 60% dari penjawat awam?

Dalam perspektif lain pula, jika segolongan pelajar bukan Melayu terutamanya Cina, memperoleh keputusan cemerlang dalam Bahasa Malaysia, sudah semestinya mereka ini adalah pelajar cemerlang.

Maknanya, keputusan peperiksaan mereka untuk matapelajaran lain sudah tentulah lebih cemerlang.

Lantaran itu, tidak mungkin mereka akan mengimpikan menduduki kerusi empuk bergaji rendah di dalam perkhidmatan awam selain mengimpikan jawatan-jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional di dalam kerajaan lebih baik di sektor korporat ataupun dalam bidang sains dan teknologi.

Hakikatnya, jika dilihat daripada trend pengambilan Pegawai Perubatan lepasan siswazan dalam tahun 2006 di negeri Perak, jumlah Pegawai Perubatan bukan Melayu melebihi 50 peratus dari jumlah yang melapor diri.

Tiada siapa yang mengungkit atau menunjukkan sikap tidak puas hati atas nama keramat Malaysia.

Sebenarnya, yang hendak ditekankan ialah, apakah baki golongan yang kurang cemerlang menguasai Bahasa Malaysia dengan baik?

Tidak mungkin berlaku situasi di mana seluruh pentadbiran negara akan menggadaikan penggunaan Bahasa Malaysia hanya untuk memenuhi kerenah sebilangan kecil yang kononnya terpinggir?

Sekiranya keupayaan berbahasa kebangsaan dengan baik ada pada setiap rakyat Malaysia, tidak mustahil permohonan jawatan sokongan di dalam perkhidmatan awam di Malaysia tidak memerlukan syarat kepujian dalam Bahasa Malaysia.

Malangnya inisiatif di kalangan bukan Melayu yang tidak cemerlang dalam pelajaran untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik langsung tidak ada.

Itulah realiti Malaysia hari ini. Kita dapat lihat, ketua pembangkang sendiri berbahasa kebangsaan dengan cara yang tunggang-langgang di Dewan Rakyat.

Itu bagi keseluruhan penjawat awam. Sila DAP dedahkan pula pecahan etnik bilangan kakiangan awam peringkat Gred 41 hingga 54 di negara ini yang menjadi penegak dasar dalam perkhidmatan awam.

Nescaya DAP enggan mendedahkannya. Jadi memainkan isu penjawat awam didominasi kaum Melayu merupakan tindakan DAP untuk berfantasi melewati batas realiti dengan senjata utama mereka, hasutan perkauman.

Kita jangan lupa perangai pembangkang yang membangkitkan isu ketuk-ketampi yang kononnya melibatkan rakyat China dulu.

Akhirnya, pembangkang dengan sengaja, membisu, terkedu malah tidak menyebut hatta seperkataan pun berhubung perkara tersebut setelah ternyata yang dikenakan hukuman tersebut adalah orang Melayu.

Inilah sifat keji DAP yang menjadi senjata makan tuan dan Pemuda UMNO harus memanfaatkan kedangkalan mereka yang jelas belum matang untuk disifatkan sebagai sebuah parti yang perjuangannya masih relevan.

Api perkauman yang sentiasa dimainkan oleh DAP menimbulkan tanda tanya apakah sebuah parti yang gemar menggoncang kestabilan kaum ini layak untuk terus diiktiraf sebagai sebuah parti yang sah di negara ini.

AS:DAP hanya mahu menjadi juara kpd kaum Cina dan mereka kini sememangnya telah berjaya memainkan peranan sebagai juara. Perkauman dalam DAP sebagai perkauman yang boleh di terima dan tidak mahu dipersolkan kerana jelas DAP adalah parti Cina dan ada juak juak Melayu sendiri yang menyokong mereka hanya kerana mahukan kuasa dan meghalalkan perkauman mereka.
·

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...