Jawapan Kepada Salahudin Ayob yang suka bikin rakyat keliru!


Masih boleh korban hari ni sehingga Maghrib. Jawapan dari JAKIM kepada seluruh rakyat Malaysia bagi respon terhadap Salahuddin Ayub (Din Puduraya kata papagomo), MP Kubang Kerian yang mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berkenaan kekeliruan Tarikh Sambutan Hari Raya Korban yang disambut di Malaysia.


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Umat Islam di negara ini boleh menunaikan ibadah korban sehingga esok( Sabtu-Hari Ini)bersamaan 13 Zulhijah iaitu sampai terbenammatahari.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar)berkata, oleh kerana Hari Raya Aidiladha jatuh pada Rabu lalu, makaumat Islam disunatkan menunaikan ibadah korban sehingga esok.

Menurut Wan Mohamad, tempoh itu bersandarkan kepada hadis yangdiriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dural-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin.

''Mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korban yangtimbul baru-baru ini, sukacita Jakim memaklumkan bahawa ia bolehdilaksanakan bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah danpada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.

"Oleh itu, tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbansehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah bersamaan 20 November,''katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Wan Mohamad, berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijah1431 Hijrah di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan MuftiNegeri-Negeri di Malaysia pada 6 November lalu, ahli falak mendapatianak bulan tidak kelihatan di semua tempat itu.

Justeru jelasnya, keputusan sebulat suara menetapkan Hari RayaAidiladha jatuh pada 17 November lalu setelah ahli falak mendapatkedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah(kebolehnampakan).

Ini bermakna katanya, Hari Tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Tegasnya, hal itu sekali gus menafikan pandangan dan kekeliruansesetengah pihak yang menyatakan ibadah korban hanya boleh dilakukansehingga hari ini sebagaimana menurut Arab Saudi.

Menurutnya, asas penentuan Hari Raya Aidiladha di Malaysia adalahselaras dengan Singapura serta Indonesia dan kebetulan pada tahun iniBrunei bersama-sama merayakannya pada 17 November.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk InfoKriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data berkaitan melalui lamanweb Jakim di
www.islam. gov.my .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...