ADUN Tenang, Johor Belum Meninggal Dunia. Harap Bertenang!


Datuk Sulaiman Taha, Ketua UMNO Bahagian Labis yang juga ADUN Tenang dilaporkan meninggal dunia?

Jangan silap spekulasi dan laporan, beliau sebenarnya kini dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.
Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 24 Nov lepas, perlu menjalani rawatan lanjut.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Apa pun, marilah kita sama-sama mendoakan agar Datuk Sulaiman Taha cepat sembuh dan kembali melaksanakan tugas kepada rakyat Labis khususnya di kawasan Tenang ...

sahabat gunung

7 comments:

fenin man said...

aduyaiiii

feninn aku..

ade yg kata dah meninggal
yg ko plak kata belum ninggal..
yg mana 1 nak percaya ni oii!!

berita hidup mati org jgn buat memain nak lariskan blog korang

Anonymous said...

Salam, beliau masih hidup dan dirawat di hospital ampang puteri.
Terima kasih

jo laboo said...

aku harap keluarga YB tu saman
samsul amk habis2an
jgn bg muka kat calaka pemfitnah ni!

Edyes said...

Dah meninggal lah... http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/12/pecah-berita-adun-tenang-meninggal.html

Anonymous said...

mati hari jumaat ada hikmah mati dengan tenang bukan adun pas ok ulang skali lagi bukkaann adun pas oookkk adun UMNO

Anonymous said...

umno mmg penipu... org dh mati pun kata hidup lagi... tak habis habis tipu org..

Anak Seberang said...

anon 230
nak fitnah berpada-padalah..
entry ni saya keluarkan jam 1120 malam tadi..
arwah meninggal jam 1.10 tadi..

yg menipu dan memfitnah ialah sahabat karib anon230 iaitu samsul pendek amk yg dari pukul 1030 malam tadi dah sebarkan arwah meninggal dunia..
harap maklum..

jgn tunjukkan kebodohan diri kita, kelak kita malu sendiri!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...