Blogger PRO UMNO/BN Pulau Pinang dipinggirkan? Blogger Perak dihargai ??


AS tertarik membaca artikel di blog parangpedang. Didalam blog beliau, beliau melaporkan bahawa bagaimana DS Zambry Kadir menganjurkan majlis bersama media, tak kiralah media cetak, media massa ataupun media maya yang pro BN. Didalam majlis itu AS dapat lihat bagaimana semua pengamal media merasa dihargai.

Termanggu dan terfikir sejenak AS di minda hati ini, bagaimana keadaaan media di layan oleh kepimpinan UMNO/BN Pulau Pinang. Yang AS tau lah, takde la pulak program menghargai media especially media baru. Mungkin nak tunggu selepas dapat BN rampas Penang balik kot? (mudah-mudahan), atau tunggu UMNO dari 11 kerusi sekarang tinggal 3-4 kerusi lepas PRU13 ni di PP?(mintak dijauhkan la)

DS Zahid Hamidi (Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri), Dato' Zainal -Timbalan Pengerusi Perhubungan-(opss boss aku atau Bakaq kalau baca jangan melenting noo.., Datuk Musa (Ketua Penerangan) dan lain-lain pemimpin hebat UMNO PPinang mungkin terlepas pandang kepada insan hamba UMNO seperti AS dan rakan-rakan bloggers PPinang yang lain. Koh Tsu Koon? (Pengerusi BN Negeri yang mati-mati tak mau lepas jawatan), lagi la pelan-pelan kayuh laaa...Mai la turun kurang-kurang bagi suntikan semangat sikit..

Tapi yang AS tau, setiap Jentera Pilihanraya Peringkat Parlimen yang ada 14 portfolio sekarang yang dah digerakkan mempunyai portfolio baru iaitu "Perang Siber" (Bukan unit siber @ Unit IT yang tradisi dipegang oleh Puteri UMNO itu)-Terima Kasih Dato' Non yang nampak komitmen AS dengan melantik menjadi Pengerusi Perang Siber peringkat Parlimen Nibong Tebal. InsyaAllah, AS akan buat yang terbaik.. :)

Dari sini AS dapat melihat, yang Peringkat Kepimpinan Tertinggi di pusat pun dah nampak peranan dan kepentingan 'perang siber' di peringkat nasional didalam menyerang dan menangkis tohmahan pihak lawan.
Cuma mungkin di peringkat negeri belum bergerak ke gear 4-5 untuk memacu peranan unit media siber. Yang AS tau, 2 kali buat kursus UMB habis dah berpuluh-puluh ribu, sekali di Batu Feringghi bulan februari 2010, sekali di Langkawi bulan 10 baru ni. Hasilnya???
Dr Novandri dan Megat pisau pikirlah sendiri.. Anda lebih arif dan 'diberi perhatian'..

Akhir kata, AS dah jadi orang 'yang bekerja untuk parti' dah dekat 10 tahun di dunia 'reality' selama ni tak terlalu mengharapkan sebarang balasan dan penghargaan. kalau rasa nak bagi, bagi, kalau rasa nak ingat, hangpa ingatlah. Kalau bagi terima kasih, kalau tak bagi rezeki Allah masih luas lagi :)
Apa yang AS buat semua nawaitu kerana Lillahitaala..

TETAPI apa jua yang terjadi, prinsip dan semangat pejuangan AS dalam UMNO sekelumit pun takkan berubah melainkan jika SEGELINTIR pemimpin atasan masih tak berubah dan tak berundur diri. Siapa dia tu? Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas le..

NAMUN untuk keluar UMNO masuk parti lain tidak sama sekali, cuma baik AS duk di kampung duk rehat, mengadap intenet pun hal-hal yang penting saja.. hehe.. UMNO tatap UMNO..

Salam Undur, AS nak pi teropong apa Anwar nak pemuhong di Sungai Acheh satgi..
Lepas tu nak 'perang reality' pulak nak cuba dekati lagi anak muda untuk sokong UMNO..
balik awal pagi nak pikir 'perang sibe' balik..
Semoga Allah swt memberkati terhadap apa jua yang AS lakukan.. AMIN..

6 comments:

Yuseri Yusoff said...

Rilek la bro.. sampai masa mereka buka mata ler.. hehehe

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Anonymous said...

nak tunggu depa sedar sendiri payah la,klu dah pegang jawatan susah nak lepas,walaupun dah berupaya untuk bergerak,jangan sampai jadi pemimpin yg dipimpin........ baik org muda mahupun org lama. LU FIKIRLA SENDIRI.

Salam semua (R)... said...

Salam…

Sebagai blogger baru, saya memohon kesudian tuan supaya dapat pautkan blog saya ke dalam laman blog tuan.

Kesudian tuan berbuat demikian saya ucapkan ribuan terima kasih…

Sekian.

salamsemua2010.blogspot.com

Anonymous said...

MCM LU CKP..KAYUH PELAN2 BROO HEHEHferobutd

Generasi Pejuang Bangsa said...

UMNO Penang mungkin la ni dok sambung tidoq balik kot ...

celik sat lepas kena balun lepas tu la ni nak tidoq balik

matkilaupenang said...

anak seberang,
pelan-pelan kayuh.
mungkin nibong tebal prihatin jugak dengan AS,dapat jugak kami apa pun tak ada semua atas usaha sendiri.bila ada keperluan baru nak cari yang marhen nie.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...