Mesti Baca! Politik, Antara Retorisma dan Realisma


Budaya retorisma adalah satu amalan politik yg paling merbahaya,retorisma dipacu oleh elemen memanipulsikan semangat seseorang,.mengexploitasikan semangat seseorang itu utk tujuan kepentingan politik diri dan selera peribadi pemain politik itu.

Manakala budaya realisma pula berlawanan dgn retorisma. Malangnya politik realisma kini amat susah didapati dlm pasaran dan ianya sudah menjadi 1 produk antik yg tak laku tapi amat bernilai...

Hari ini ,kesan retorisma telah menyebabkan kedaulatan agama bangsa dan negara terancam dgn begitu teruk sekali ,sekaligus mengundang gegaran yg tak perlu drpd akar umbi....

Pemain politik liga super perdana amat perlu melihat situasi ini dgn semangat patriotik dan insaf agar politik realisma kembali ke pasaran terbuka yg sgt kompetitif ini.Jika tidak,proses pengimabangan sgt diperlukan ini,akan menyebabkan 1 tragedi yg perlu dlm senario politik negara dan bangsa melayu !

Kata Plato, realisma adalah apa yang sewajarnya terjadi. Machiavelli pula menegaskan realisme adalah doktrin atau kepercayaan mengenai kesegeraan.
Mereka yang menyokong dan menerima fahaman realis melihat politik sebagai dihidupkan oleh punca-punca keselamatan dan kuasa. Oleh itu politik dianggap sebagai komponen penting yang meneruskan kehidupan masyarakat.Kepada orang-orang yang menganut fahaman realis, kedua-dua faktor itu – keselamatan & kuasa – merupakan kunci kepada keamanan dan penerusan hidup sesebuah negara.

Kerana takut akan kehilangan keamanan dan kelansungan kekuasaan, ketakutan tersebut diterjemah kepada andaian yang hampir-hampir menjadi kepercayaan bahawa ada pihak-pihak tertentu sentiasa mencari-cari jalan untuk saling memusnahkan.Ketakutan tersebut kemudiannya menjadi sebab untuk mereka sentiasa mempersiap diri untuk ‘membunuh’ pihak yang dilihat mengancam sebelum mereka sendiri ‘dibunuh’ atau terbunuh.

Dari sudut ini, doktrin realisma percaya bahawa yang patut diutamakan oleh negara adalah untuk menjamin kuasa yang dipunyai untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman. Untuk melakukan demikian, ada kalanya banyak yang perlu dikorbankan tanpa rasa sesal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...