RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter mulai tengah malam ini


PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.

“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.

Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.

Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95.

MStar

AS sentiasa berfikiran positif apabila kenaikan ini terpaksa dilakukan. Diharap kerajaan dapat memberi penjelasan yang sewajarnya (data dan angka) kenapa harga petrol ron95 perlu dinaikkan. AS tak mahu di saat orang UMNO bekerja keras untuk parti, hal-hal macam ni mampu untuk membuatkan rakyat u-turn sekelip mata. Tolonglah.. Cukup-cukuplah. Jangan buat macam zaman Tun Abdullah lagi. DS Najib tolonglah gunakanlah kebijaksanaan yang ada dalam menangani isu kenaikan harga minyak ini.

4 comments:

mij said...

apela ko ni taksob sgt dgn najib sgt ni
minyak dah naik pun nak jilat lagi najib,
ko ni sure kaki bodek punya
wakakaka

Dot said...

assalamu'alaikum anak seberang,

bagi mrk yg rasional, kenaikan harga barang merupakan sesuatu yg tidak dapat dielakkan krn kita bukan hidup di zaman 70'an, 80'an atau 90'an atau hidup dlm keadaan pergerakan dikuasakan oleh kuasa lembu, kerbau, kuda @ baghal tapi menggunakan KENDERAAN berkuasa kuda 400, 500 ekor!!!

kita juga tidak dapat mengawal harga minyak ini sendiri tetapi ditentukan oleh harga pasaran dunia. kalau ini gagal difahami, maka adalah manusia yg rasanya ingin kembali ke zaman lampau..guna kuasa kaki! hehehe!

rokok naik, nak mengamukpun tak berani krn mrk tahu, takdak rokok mrk gian!! tapi barang2 dapur, petrol naik mrk mengamuk sakan krn mrk rasa tidak adil! adakah mrk adil kpd diri mrk sendiri krn mengianayai diri sendiri dgn rokok yg sebenarnya 'pembunuh senyap' terutamanya bagi "passive smokers"? isteri, anak2, rakan2 yg tidak merokok??? jauhi perokok @ minya perokok pergi jauh2 dari anda..selamatkan alam sekitar kita dari asap pembunuh!!!

usin said...

mij said, ko pulak penjilat sapa? beruk2 yg ada di perak ke? perompak2 yg ada di sgor ke? atau pencuri2 balak yg ada di kelantan? berfikirlah dgn otak, bukan perut.

Anonymous said...

mij and kepada sesiapa yang marahkan kerajaan ..

aku mau tanya.. adakah kalau kerajaan lain yang naik lepas PRU akan datang akan memberi jaminan kepada kita minyak tak akan naik sampai bila2?? aku rasa diaorang pun takkan bagi jaminan macam tu..sebab harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...