Takziah Diucapkan.. PKR Terengganu Tutup Kedai..


Parti Keadilan Rakyat Terengganu Diarah Kosongkan Premis Pejabat Kerana Gagal Bayar Sewa Bulanan Tertunggak Lebih Enam Bulan.

Pejabat PKR (selepas ini dirujuk sebagai Perhubungan Negeri) yang terletak di Gong Kapas telah diarahkan oleh pemilik premis berkenaan supaya mengosongkan segera premis berkenaan setelah sekian lama gagal membayar sewa premis berkenaan. malahan pihak pengerusan bangunan juga gagal membayar sewa utility menyebabkan bekalan eletrik, Air dan telefon sudah di potong. Menurut sumber risikan BN sokmo yang dilakukan, pintu masuk utama ke pejabat yang menggantung billboard Anwar Ibrahim itu telah dipecah masuk.

Penyewa gagal membayar sewa dan menurut ceritanya, meminta supaya pemilik premis menjual aset dalam bangunan itu bagi menampung saki baki bayaran sewa yang tertunggak melebihi RM 15 Ribu.. Apa yang terjadi sekarang ialah, sewa premis bangunan Perhubungan keadilan ditaja oleh saorang ahli Perniagaan yang telah bergolok bergadai dan tidak dihargai dan jawatan beliau sebagai bendahari dengar kabarnya tidak dilantik lagi...

Satu pejabat perhubungan Negeri pun PKR tak boleh urus macam mana nak uruskan Malaysia? BN dan Umno Terengganu telah kehilangan lawan, Pas dan DAP memang selama ini hanya bergantung harap pada isu yang dicipta Anwar Ibrahim sedangkan Parti Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat tempat dipentadbiran Pas Terengganu. Kepimpinan Pas Terengganu macam tikus jatuh dalam beras..senyap sesenyapnya atau masih bergatung harap pada realiti kerajaan Perpaduan..

Sempena lawatan PM 1 Malaysia ke Terengganu bermula Sabtu ni elok-eloklah billboard kat Gong Kapas tu diturunkan.. Cukuplah mata Dato' wan Farid dan Wan Hisham sakit selama ini..
Bon Voyage Keadilan Terengganu.

BN SOKMO

2 comments:

Anonymous said...

Anak Seberang
hisss jangan gege malu puak tu nanti.

Esok pasti keluar cerita angkara Umnolah tu pejabat mereka diambil balik pemilik.

Puak tu dia maksum tak ada salah dan dosa. Orang lain saja yg salah dan berbohong, betul tak anak sebarang?

Pun begitu masih ada melayu yg terpedaya dengan pkr penipu pemutar dan pembelit itu.

Wake UP! said...

Awatnya ni? Yahudi dah tak salurkan duit ka?

Atau penjubor makan duit sorang?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...