CIKGU MALA TAK BOLEH JADI CALON KALAU IKUT FATWA PAS! BESERTA BIODATA BELIAU


Dulu, PAS tidak membenarkan orang perempuan jadi pemimpin. Dengan kata lain tak boleh jadi calon. Dibacanya hadis “Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita”


Bukan setakat itu saja, malah wanita tidak dibenarkan kerja malam. Itu dulu…tapi sekarang, boleh plak..? Sekarang dah ada wakil rakyat perempuan plak…apa ni…apa dah jadi dengan PAS, sekejap boleh sekejap tidak.


Alasan kononnya untuk kesesuaian dengan keadaan masa sekarang, untuk menjaga kaum wanita…Kalau gitu sama lah dengan alasan yang diberikan oleh UMNO dulu…Tapi waktu itu kenapa PAS menentang dan tak dapat terima? PELURU PERTAMA UNTUK PAS!

Kalau ikut biodata Cikgu Mala dibawah ni, si kacang lupakan kulit ni bekas guru yang mendapat pendidikan di Maktab. Punya ramai kaum wanita yang pohon jadi cikgu dan tercicir, dah dapat melawan kerajaan pulak!

Hidup dengan Izin Allah melalui Felcra yang ternyata dari usaha Kerajaan BN membantu rakyat melayu, dah senang melawan kerajaan balik! Dasar lupa daratan!

Ikutilah biodata Cikgu Mala penderhaka lupa diri,calon PAS PRK DUN Tenang yang diambil dari Haprak Daily.


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain

12 comments:

blogenstarz said...

Dia lah yang banyak menghasut warga pendidik supaya menentang kerajaan.
Ingat lagi isu Pengarah Pelajaran Johor yang dikatakan menghasut cikgu supaya mengundi BN.....
DIA INI LAH DALANG NYA !
TALI BARUT PAS TEGAR DIDALAM WARGA PENDIDIK.......

Anonymous said...

Nilah bahaya apabila kakitangan kerajaan- xkiralah yg menyokong atau pembangkang jika dibenarkan berkecimpong dalam politik, apalagi sebagai pendidik, tak banyak sikit tentu mereka akan mempengarohi pelajar2 dgn ideologi2 parti yg mereka sokong..bahaya, bahaya khasnya menghasut pelajar2 sekolah!!

Unknown said...

celako PAS pandai bermuka-muka..!!!
tum=PAS lah kau kat Tenang...

Anonymous said...

kita tenggok dlm PRK nnti mudah-mudah che Gi nie tersungkor akibat dah banyak sangat makan duit dan hasil kerajaan yg di makan nya secara haram (PAS kata ia halal).Bukan setakat tersungkor, tertonggeng terus. Tungguuuuuuuuuuu.

fin said...

inilah dia gunting dlm lipatan yg sebenar yg banyak memburuk-burukan kerajaan dari dlm. tak mustahil bangkai2 ini akan mensebotaj kerajaan dari dgn tektik2 yg kotor.

bicarahatiey said...

sumer cikgu WAJIB jadi penyokong BN ker? kalau cikgu x sokong BN, terus label jadi penderhaka? kata negara Mlaysia ni negara demokrasi?...suka sgt label org sbg penderhaka..

JKKKP SUNGAI KECHIL said...

PAStikan PAS tumPAS

Anonymous said...

memang pun pegawai kerajaan banyak yang derhaka kepada kerajaan. Cikgu macam ni patut jangan panggil cikgu, panggil saja cikki(Cikgu Pendengki). lagi pun saya memang tak respect ulama dalam PAS pun harap serban dan janggut saja lebih, tapi hati busuk macam bangkai, tak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-NYA. Wahai cikki kenangilah jasa dan pengorbanan orang2 terdahulu yang membolehkan cikki dapat berjaya. Fikirkan lah.

Vote 4 tenang said...

Aku kalu si mala..ng ni...bukak mulut ajer janji nak pindahkan pusat jualan babi di pasar Labis & tak maki hamun sesama islam..insyallah aku akan undi dia...

Tq...orang labis

Anonymous said...

aku kalu si mala..ng ni berani bukak mulut ajer nak pindahkan pusat jualan babi di Pasar Labis...masa kempen x cakap bohong & maki hamun sesama islam...inshaallah aku akan undi dia tapi bukan PAS...

Tq Tenang Voter

Anonymous said...

Tak pernah pulak aku dengar cikgu tak boleh sokong PAS. Duit yg kerajaan ada pun duait rakayat jugak. Aku yg banyak bayar cukai...

Tahniah Cikgu Mala.

Anonymous said...

bagi lah peluru yang best sikit bro..! tu bukan peluru pon... tu kentut..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...