Hot! 15,000 orang berdemo bersama Chegu bard di Rembau!


Chegu Bard yang ditolak oleh Angkatan Muda Keadilan hari ini yang kini mula dipinggirkan oleh pengundi di Rembau cuba bangkit dengan cara amalan parti jalanan mereka apabila cuba mempengaruhi orang orang kampung di Rembau untuk bangkit menentang kerajaan dengan mengadakan demonstrasi di Cembong Halt jam 11 pagi tadi.

Malangnya budaya demonstrasi ini bukan lah budaya rakyat Negeri Sembilan dan penipuan Chegu Bard tidak diterima oleh pengundi di Rembau dan hasilnya hanya 15 orang sahaja budak budak belaan chegu Bard yang melakukan demonstrasi berkenaan. Mereka diejek oleh sekumpulan anak anak muda di kampung berkenaan yang benci dengan gaya Chegu Bard berpolitik.

Chegu Bard cuba mengheret orang kampung untuk mempercayai penipuan beliau dengan membangkitkan isu tanah adat dan janji BN pada pilihanraya yang lalu. Namun isu ini sebenarnya telah diselesaikan oleh kerajaan Negeri Sembilan dan Chegu Bard sebenarnya tidak ada isu untuk dimainkan melainkan terpaksa menipu orang kampung dengan memainkan isu yang kononnya BN menjanjikan lapangan Terbang di Rembau. Apakah mungkin Chegu Bard hilang akal , untuk apa mahu dibina Lapangan Terbang di Rembau? BN tidak pernah menjanjikan Lapangan dan ini hanyalah provokasi dari Pakatan Rakyat . Penipuan oleh Chegu Bard sendiri.

Mengenai pembinaan UiTM , ianya memang akan dibina di Seremban 3, walaupun luar Rembau tapi ianya berhampiran dan sempadan dengan Rembau. Apakah ini menjadi satu isu yang besar kepada pembangkang jika ianya dibina di Seremban 3.

BN menjanji membina Hospital , ianya sememangnya dalam perancangan untuk dibina dan ianya perlu penelitian yang rapi dan Insyaalah Hospital ini akan mula dibina dalam masa terdekat. Jangan nanti biola sudah dibina lain pula yang akan mereka mainkan.

Pusat -Pusat Tuisyen sebelum ini yang telah beroperasi selama 3 tahun dan sekarang sekolah2 telah memberi tuisyen sendiri dan peruntukan telah diberi oleh Ahli Parlimen Rembau

Isu tanah Makcik Hasnah yang dijaja oleh dijaja oleh CheguBard ini adalah satu isu yang jijik yang pernah dimainkan oleh pembangkang , Makcik Hasnah sebenarnya sudah berpindah dan sekarang menyewa sebuah rumah di Rembau. Hanya datang bila ada ura-ura rumahnya mahu diroboh .

Beliau sekarang menyewa di Taman Rembau Utama. Pampasan yang Makcik Hasnah Dapat sebanyak RM 98000 dan tambahan sebanyak RM 23000. Alasan tidak mahu pindah adalah kerana tiada TANAH untuk pindah kan RUMAH. Jumlah keseluruhan Pampasan RM 121,545.00. Mak Acik Hasnah sebenarnya tidak boleh memberikan alasan sebegini , ini sebenarnya adalah kerana perasaan tamak apabila di hasut oleh Chegu Bard . Wang pampasan sudah diterima dan perjanjian perlu ditunaikan.Ada atau tidak tanah sebagai ganti adalah masalah Makcik Hasnah . Menurut jurucakap Ahli Parlimen Rembau sdr Adira , Ini semua telah diusahakan oleh ahli Parlimen mengikut Prosedur yang betul.

Inilah nilai tanah yang telah dibayar kepada Makcik Hasnah
Tanah 2/20 = RM 819
Rumah = RM 76600
Garaj Kereta, tandas dan pagar = RM 12000
Kos Pindah = RM 3000
Sewa Premis = RM 2100
Tambak Tanah = RM 3500
Tambahan rumah = RM RM 23400
Tambahan Tanah = RM 126

-N9 Kini-

2 comments:

blogenstarz said...

BARD !
BINGAI DAN BANGANG.
Pergi mandilah kat sungai PELEK...
buat cuci dosa......

Anonymous said...

KAU INGAT OGHANG GHOMBAU NI BANGGANG ATAU MENTEDARAH TAIK HOI BARD BANGGANG.KALAU KAU BOTANDING LAIE DEN PASTI AN KAU LINGKUP SELINGKUP LINGKUP EH.UBUN UBUN LOMBIK LAIE NAK TUNJUK HANDA.KELODAK HANYUT KAU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...