Kakitangan kerajaan Selangor tak gembira

Kajian UKM dapati 65.6 peratus tidak yakin dasar dilaksana

Kajian sebuah universiti tempatan mendapati 65.6peratus kakitangan awam kerajaan Selangor tidak gembira denganpemerintahan kerajaan negeri itu kerana tidak yakin dengan dasar yangdiamalkannya.

Penjawat awam negeri itu juga menganggap tiada perubahan besardalam politik kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum pada Mac 2008,sekali gus menyebabkan mereka tidak suka pakatan DAP-Parti KeadilanRakyat (PKR)-PAS memerintah Selangor semula.

“Sebanyak 76.3 peratus daripada 720 responden yang disoal kecewadengan situasi politik semasa kerana pemimpin politik negeri kurangmenumpukan perhatian atau tanggungjawab untuk mengurus dan memajukansumber ekonomi negeri secara menyeluruh.

“Malah, tahap kepercayaan terhadap internet dan blog,masing-masing 26.1 dan 22.4 peratus, mengatasi kepercayaan terhadappemimpinnya iaitu hanya 20.8 peratus,” katanya.

Soal selidik bertajuk ‘Pemerintahan Pakatan Rakyat: KajianPungutan Pendapat di Kalangan Kakitangan Awam Selangor’ itu membabitkan720 responden kakitangan awam di Selangor merangkumi penjawatpersekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dijalankan KetuaProgram Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Madya Dr Mohd FuadMat Jali; Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan danPersekitaran, Junaidi Awang Besar dan Pengarah Pusat TeknologiPenerbitan, Prof Dr Kamaruddin M Said. Soal selidik itu membabitkan 91peratus responden Melayu, 3.3 peratus (Cina) dan 4.3 peratus lagiIndia.

Selangor dengan penduduk seramai 4.6 juta adalah salah sebuahnegeri yang maju dengan sumber pendapatan sektor perindustrian,perkhidmatan dan pertanian.

Jumlah pengundi berdaftar di negeri itu adalah 1,422,274 orang danbilangan yang terbabit dalam sektor perkhidmatan kerajaan pula seramai252,777 orang.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, pembangkang menguasai 36 kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Selangor membabitkan lapan wakil PAS, 13 (DAP)dan 15 (PKR), manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh 20 kerusi DUN.

Hasil soal selidik itu juga menunjukkan kerajaan Selangor belum menunaikan sebahagian janji Pilihan Raya Umum 2008.

Contohnya, kerajaan Selangor hanya memberikan bayaran RM1,000kepada pelajar miskin yang memasuki institusi pengajian tinggi (IPT)sedangkan mengikut manifestonya, menjanjikan semua rakyat negeri itumelanjutkan pelajaran ke IPT.

Sebanyak 56.6 peratus responden juga menyatakan dasar kongsi kuasakerajaan Selangor bukan kerajaan alternatif terbaik dan 60.3 peratusbersetuju dasar yang dijalankan lebih banyak dipengaruhi DAP, manakala56.4 peratus berpendapat dasar pentadbiran bermasalah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...