Kol Norhuda dari bahagian tugas am TD dilantik Brig Jen

Kolonel Norhuda Ahmad dari bahagian tugas am mencipta sejarah tersendiri dalam pasukan tentera darat apabila menjadi pegawai wanita pertama dari bahagian itu dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.

Norhuda, 54, yang sebelum ini Ketua Cawangan ASEAN, Pusat Integrasi Perisikan, Direktorat Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Direktorat Latihan bahagian itu.

Beliau merupakan antara 27 pegawai kanan Tentera Darat dinaikkan ke pelbagai pangkat.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Norhuda layak dinaikkan pangkat ke Brigadier Jeneral kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ini menjadikan hari ini hari istimewa bagi Tentera Darat, katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Transit di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dua wanita berpangkat Brigadier Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu Datuk Dr Roshidah Ishak dan Dr S.T.T Thavachelvi.

Kedua-duanya dari Kor Perubatan. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...