
Bukan sahaja kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya ini akan juga dibiayai melalui dana disatukan, kata bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.
"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan),” kata Mahathir, merujuk kepada saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.
Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.
"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup,” tegas Mahathir. - Bernama
No comments:
Post a Comment