Orang miskin di Indonesia lebih ramai daripada penduduk Malaysia

JAKARTA: Walaupun program kesejahteraan rakyat di Indonesia berjaya menurunkan kadar kemiskinan, Kerajaan Indonesia belum berpuas hati dengan pencapaiannya kerana ia dinilai tidak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Menteri Koordinator Perekonomian, Hatta Rajasa, berkata kadar kemiskinan yang kini berada di paras 13 peratus daripada jumlah penduduk republik itu, masih tinggi kerana secara perbandingan, bilangannya lebih banyak daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Kemiskinan turun dari 14.2 peratus pada 2009 menjadi 13.3 peratus pada 2010. Namun kami belum puas kerana walaupun rakyat miskin turun, 13.3 peratus itu sama dengan 31 juta orang, jauh lebih besar daripada penduduk Malaysia (27 juta orang).

"Untuk itu kesejahteraan harus ditingkatkan," katanya ketika menyampaikan kuliah umum bertajuk "Peluang dan Cabaran Ekonomi dan Geopolitik Indonesia di Kampus Institut Teknologi Bandung (ITB) di Bandung, seperti yang dilaporkan harian Kompas, Isnin.

Menteri itu berkata, ekonomi Indonesia tumbuh 6.1 peratus tahun lalu, mencerminkan keyakinan diri yang semakin baik di kalangan masyarakat Indonesia.Pertumbuhan itu didorong oleh kegiatan eksport and pelaburan. - BERNAMA


AS TAK MAU KOMEN BANYAK CUMA PINTA PARA PEMBACA FIKIRKAN SEJENAK BETAPA KITA BERTUAHNYA DILAHIRKAN DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI.
NEGARA MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA AMAN YANG MAKMUR DAN KAYA RAYA, CUMA SIAPA YANG MAHU LEBIH, LIPATGANDAKANLAH USAHA KE ARAH ITU.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...