Pelatih PLKN meninggal ketika tunai solat?

Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, dekat sini rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam.

Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.

"Semakan rekod perubatan mendapati Allahyarham tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan telah disahkan oleh pegawai perubatan. Semasa dalam kem dia sentiasa cergas dan mengikuti semua aktiviti latihan,” kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata rekod menunjukkan Allahyarham pernah menerima rawatan sekali sahaja akibat batuk.Jenazah Syed Abdul Rahman telah selamat diterbangkan ke Kuching petang tadi, kata kenyataan itu.

Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui. - Bernama

AS: Ajal maut di tangan tuhan. Sememangnya kematian tidak mengenal usia.
Al-fatihah untuk Allahyarham... moga ditempatkan dikalangan orang yang baik baik dan beriman.
Diharap pihak berkenaan dapat mengeluarkan laporan lengkap bagi memperjelaskan kepada rakyat punca kematian arwah bagi menepis persepsi negatif yang sering ditimbulkan oleh pihak pembangkang apabila berlaku kejadian seumpama ini.

3 comments:

Syakila Saif said...

the deceased is my dearest friend. thank you atas al-fatihah nya

Wanredone said...

Al-Fatihah, semoga Allah S.W.T. mencucuri Rahmat ke atas Rohnya dan ditempat dikalangan orang yang soleh.
wanredone setuju perkara sebegini tak usah dipolitikkan. Mati adalah ketentuan dan janji Allah kepada manusia yang hidup dimuka bumi ini, kecuali 3 perkara yang menjadi rahsiaNya, BILA, DIMANA & SEBABNYA!

Mohd Rafiq said...

arwah adalah salah satu kawan rapat sya . dia sekolah di sabah . setelah hampir 4 bulan tidak berjumpanya . terdengar berita yg sayu . huhu . Al-Fatihah saja yg dpat kita sedekahkan . Al_Fatihah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...