Tabung Buluh Cara Baru PAS Songlap Duit ?

AS kembali bersiaran setelah 3 hari entry auto publish disebabkan AS ada luar kawasan liputan internet.
Balik-balik AS pun belek-belek la internet. Takziah juga diucapkan kepada keluarga ADUN Kerdau yang meninggal dunia semalam.

Kali ni AS nak kongsikan kisah dari haprakdaily yang mengutarakan idea baru dan segar serta mesra alam yang 'menarik'. bagi orang PAS untuk terus menderma. Jihad Fisabilillah kata juak-juak PAS. PAS akan meraikan Pelancaran Tabung PRU13 untuk membuat persiapan menghadapi PRU13 yang akan mendatang! Bunyi macam menarik bukantapi hakikinya MEMALUKAN!
Allah benci manusia munafiq yang suka berpura-pura macam ni! Kebanyakan pemimpin pAS dan ramai pakai kereta mewah, hidup mewah rumah pun dah besar. Yang kawin 2-3 orang bini pun ramai demi memenuhi nafsu serakah mereka, itu takpalah kalau dah halal.

AS memang skeptikal dalam hal-hal macam ni. Pelbagai persoalan bermain di minda AS pabila terbacak artikel sampah ini.

Apakah ini satu usaha murni kononnya untuk meraih simpati dari penyokong PAS?
Adakah mereka dah ketandusan idea untuk menunjukkan yang PAS ini kononnya 'miskin'?
Adakah untuk mengelakkan dari wang ini dari disonglap oleh petugas PAS kerana bentuk fizikal tabung ini yang sukar untuk di'kebas'?
Adakah dengan perkara sebegini kes sepeti wang kohilal yang disonglap, wang ceramah sebelum ini yang dikutip banyak yang tak sampai ketangan yang berhak ataupun isu harta anak yatim dan balu isteri arwah mangsa memali takkan berlaku lagi?
'Diharapkan' perkara-perkara seperti diatas takkan berlaku lagi dengan 'mekanisme' baru menyedut duit penyokong fanatik PAS.

PAS akan melancarkan Tabung Buluh PRU-13 malam ini sebagai persiapan kewangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Majlis yang dianjurkan oleh PAS kawasan Selayang bersama PAS cawangan-cawangan di Bandar Tasik Puteri, Rawang ini akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Padang Oak, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Turut serta malam ini adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli di samping Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Zaidy Talib dan Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman.

Menurut jadualnya, lebih 100 tabung buluh akan diedarkan malam ini untuk membolehkan para ahli PAS di Selayang menggunakannya untuk mengumpul dana untuk PAS.

Di samping ceramah, satu video klip juga akan ditayangkan bagaimana tabung ini dibuat dan bagaimana usaha dibuat untuk menjadikan tabung ini sebagai sumber kewangan utama PAS dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita berharap projek ini akan menjadi model kepada rakan-rakan ahli PAS yang lain di seluruh negara untuk membolehkan kita mempunyai kewangan yang cukup menjelang pilihan raya nanti," kata Pengarah projek ini Mazlan Moin.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, cadangan Tabung Buluh bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," -haprakdaily

3 comments:

Mohd said...

Puak2 PAS ini tak boleh diharap!
Dengan buluh2 tabung itu sekali akan lesap disonglap oleh lebai2 PAS ini.
Tengok aje di PRK Tenang dulu, duit utk kempen mengundi PAS tak sampai ke bawah - telah disonglap oleh lebai2 PAS di peringkat atas!
Betul ke?

Anonymous said...

KEHKEHKEH ABIS LA BULUH DLM NEGARA KENE TEBANG. TAUN DEPAN ORG NAK BUAT LEMANG KENE IMPOT DARI LUAR LA PLAK ADOIYAIIII

Anonymous said...

ada peluang aku meniaga tabung buloh...
aku kat area sik ,kedah...
memang banyak buloh...
masaalahnya....puak penganut2 pas ni bukan bolih pecaya...
nanti pakat2 sorok tabung tu dalam jubah masing2.
yanh aku risau...buatnya miang buloh terkena kote apa hal...
terpacak memanjang jer la ...
bahaya tu....abih segala bini orang depa tibai.

terkenang cikgu mala.....
rindu pula hati ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...