Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung
dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil
pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa
itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan
berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke
hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi
dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia
melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik
lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke
balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan
di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).
Dia pun tanya perogol itu "Why don ' t you do anything to me on that
night even though you know that I ' m alone?" Perogol
tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man
walking with you. One on your right side and the other one was by your
left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin
juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya
menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun
malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah
amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu
ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa
beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah?
Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak
memang pasti kerana itu janji Allah.. Jadi, renungkanlah di mana level
' iman ' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah
bin ' Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan
saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan
senjata orangmukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa
dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam....
2 comments:
mohon pinjam artikel baik ini.
INSYAALLAH DAN ALLHAMDULILLAH WANITA ITU TERSELAMAT....
Post a Comment