Seperti yang ramai sedia maklum, telah rasmi bahawa MP Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng akan menyertai parti itu.
Tan Tee Beng yang keluar daripada PKR Mac 2010-kini adalah wakil rakyat bebas di Parlimen.
Dakwaan setengah pihak sebelum ini bahawa Tan Bee Beng akan menyertai komponen BN ternyata meleset apabila beliau memilih parti KITA di mana Presidennya adalah Datuk Zaid Ibrahim.
Diharapkan YB Tan Tee Beng teruslah bertanding pada PRU 13 menggunakan tiket parti KITA. YB Tan Tee Beng yang ada sekarang ni memang ramai orang Nibong Tebal merungut susah nak jumpa semenjak 2 menjak keluar dari parti khianat rakyat tempohari.
Pada hemat AS, Peluang UMNO untuk merampas kerusi Parlimen Nibong Tebal akan lebih cerah seandainya YB Tan Tee Beng menyahut seruan AS untuk bertanding pada PRU 13 akan datang kerana kerusi parlimen akan ditandingi oleh 3 penjuru.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan laluan UMNO mendapatkan kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal.Rata-rata rakyat Nibong Tebal menyesal memilih PKR tempohari. AS baru saja berbual dengan seorang India yang kesal dengan YB Maktar yang hanya pandai menunjukkan 'jalan' ke arah pejabat Tok Non apabila rakyat memohon sesuatu peruntukan atau bantuan. Kalau macam tu lebih baik tak payah jadi YB di negeri ditadbir oleh Pakatan Haram.
1 comment:
assalamualaikum..
kami blogger baru hasil daripada kerjasama perda.. diharap tuan boleh mempromosikan blog dan link kami.. assalam
http://jkkkpkgpeletkgpetani.blogspot.com/2011/02/tazkirah-orang-islam-atau-orang-kafir.html
Post a Comment