Kes Video Sex. Nak Cari Jam Tangan, Skali Jumpa Rakaman Video Seks Daa..

Menurut The Star, video seks tersebut mempunyai wajah mirip seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan pelacur asing. Video yang berdurasi 30 minit dirakam pada 20 Februari, telah dijumpai dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur oleh satu kumpulan yang diketuai oleh Datuk T.

Datuk T berkata, dia terjumpa rakaman video seks tersebut selepas ahli politik terlibat memintanya mencarikan jam tangan di bilik kejadian.

Beberapa pihak media seperti The Star, Bernama, Utusan Malaysia, NST, & China Press telah dijemput untuk menonton rakaman video di sebuah bilik hotel bagi mengesahkan dakwaan Datuk T. Kesemua media telah diperiksa dan tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa alat rakaman untuk mengelakkan video tersebut tersebar. Video tersebut kemudiannya akan dihantarkan kepada ahli politik & isterinya dalam masa seminggu dari sekarang.


AS:Kuasa Allah nak tunjuk. Macamana baik dan rapi sekalipun perancangan manusia, Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Berkata benarlah walaupun pahit..insyallah kebenaran akan menjelma..., kita hanya merancang tuhan menentukan.yang mana betul kita sokong..yang mana tak betul kita tentang.

2 comments:

Anonymous said...

Nak cari jam, nak cari jam.....

Anonymous said...

Salam..

Saya berharap pihak Kerajaan berhati-hati terhadap isu ini. Nampak agak meragukan. Kenapa tidak terus sahaja diserahkan kepada pihak polis atau Jabatan Agama Islam?

Ada kemungkinan ini merupakan strategi terakhir pemimpin pembangkang tersebut untuk mengalihkan perhatian terhadap kes beliau yang sedang meruncing sekarang. Apatah lagi apabila isu DNA dilihat seperti makan tuan.

Kalau betul video ini palsu, beliau akan menuduh pihak Kerajaan sengaja membuat video tersebut untuk menjatuhkan beliau. Ini secara langsung akan menaikan semua nama beliau di pandangan rakyat dan masyarakat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...