NGO-NGO di Nibong Tebal Berhimpun Secara Aman Mendesak Anwar Serah DNA

Beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) kawasan Nibong Tebal berhimpun bagi mendesak Anwar Ibrahim menyerahkan sampel darah untuk tujuan ujian DNA di Jawi, Nibong Tebal, semalam.

NIBONG TEBAL : Seramai lebih kurang 50 orang yang mewakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya.

Perhimpunan bermula jam 11.40 pagi di Jawi dekat sini sambil memegang sepanduk yang terteta perkataan "Macam mana Mahkamah nak tunjuk keadilan kalau pesalah tak mau bagi DNA", "DNA untuk keadilan mangsa rogol dan liwat" dan "Jangan perbodohkan kami, DNA menjawab segalanya".

Pelbagai sepanduk juga dibawa mengecam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana dilihat cuba menyorok di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh, bagi mengelak memberi sampel DNA.

Antara pertubuhan belia yang mengambil bahagian adalah GB4B dan beberapa pertubuhan belia di bawah MAYC, Nibong Tebal.Wakil gabungan NGO terbabit, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, demontrasi itu adalah sebahagian daripada beberapa siri demontrasi yang diadakan.

"Desakan ini perlu dilakukan dan adalah wajar kerana esok (hari ini) perbicaraan kes liwat Anwar akan disambung jadi beliau kena buktikan keadilan seperti yang dicanangkan Pakatan Rakyat (PR) selama ini."Anwar juga kena telus dan adil jika beliau benar-benar ikhlas ingin ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri seperti yang dilaungkan PR," katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B (GB4B) Nibong Tebal.

Katanya lagi, demontrasi ini juga dilakukan bagi melawan serta membalas demontrasi yang dilakukan pemuda Pakatan Rakyat membela Anwar Ibrahim."Anwar perlu jawab segala persoalan yang bermain di fikiran rakyat dan kalau beliau rasa berada di pihak yang benar maka perlu buktikan dengan adilnya."Jika beliau tidak melakukan seperti yang diminta, Anwar dianggap sebagai pengecut kerana Allah bersama orang yang benar," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...