Pakatan Haram Umpama Tanggung Biawak Hidup Seperti Pok Nik

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin menjadi liabiliti kepada parti pembangkang itu apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan PAS semakin kehilangan sokongan rakyat.
Katanya, kehilangan sokongan ini terbukti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu, apabila undi diperoleh PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan Barisan Nasional(BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Mohd Ali berkata: “Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas”.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

“UMNO memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih UMNO yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP,” katanya.
-bernama

1 comment:

vulcan933 said...

bila agaknya nik ajis tutup usia.umur dia layak sudah masuk kubur.bila dia masuk kubur dan terus pergi ke surga(baca surga pas)dia akan kunci pintu surga(baca surga pas)supaya org non-pas members tdk boleh masuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...