PAS ganti UMNO? Tak Kot! DAP Yang Layak Ganti PAS Sebenaqnya!

PAS la ni duk sibuk-sibuk buat 'tour' kononnya PAS perlu dan layak untuk ganti UMNO. Tapi depa tak sedar, yang sebenarnya depa tu yang perlu diganti.PAS ni ada tak tambah,takdak pun tak kurang. Ni AS bawak artikel dari PAHANGKU untuk pembaca nilai kewajaran yang PAS sememangnya hampas! Betapa PAS hanya kuda tunggangan DAP yang nyata.

Kita tengok Kerajaan DAPIG LGE buat konset Ning Baizura sempena 'kononnya' juara pelaburan tipu rakyat sudahla, mana suara puak hampas? Menikus dalam lemari le kot..

Dari skop P.Pinang sememangnya Saleh Man YB tunggal PAS ni jadi tunggui kayu saja. Penang create la satu jawatan yang tak pernah wujud sebelum ni iaitu Timbalan YDP MAIPP sebagai gula-gula untuk budak-budak bagi tak merengek. Tak ada fungsi pun!


PAS bukan layak ganti UMNO sebaliknya DAP yang layak ganti PAS. Sangat melucukan kerana PAS kata mereka berkawan dengan DAP adalah untuk berdakwah dan menyampaikan syi’ar Islam. Sebaliknya PAS diperbodohkan oleh DAP.

1. DAP layak ganti PAS kerana PAS adalah parti yang lemah sehingga kadang-kadang terpaksa bergantungan kepada DAP.

2. PAS tidak kuat kerana tidak menjadi ‘tulang belakang’ kepada pakatan pembangkang . Kadang-kadang PAS umpama ‘melukut di tepi gantang’, itulah yang dialami oleh Dr. Hasan Ali.

3. PAS hanya parti ‘pak turut’ dan ‘kuda tunggangan’ yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila PAS mahu menjadi ‘parti lampin pakai buang’ atau bila diperlukan sahaja.

4. PAS tidak mampu bergerak sendiri dan bergantung kepada ‘bantuan talian hayat’ PKR dan DAP. Sebab itu PAS bergerak bersama-sama PKR dan DAP dalam apa program Pakatan Pembangkang.

5. Peranan PAS tidak sehebat DAP dan PKR yang pandai mengambil kesempatan di atas gelap mata (kealpaan) PAS yang sedang 'beseronok digula-gulakan' oleh DAP dan PKR.

6. PAS gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip Islam. PAS lebih gemar merujuk dan meminta perlindungan daripada DAP sekiranya menghadapi masalah.

7. Karpal (DAP) walaupun pernah berkata akan pertimbangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam namun kenyataan ini meragukan kerana beliau pernah berkata langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahu menubuhkan Negara Islam. PAS ditipu hidup-hidup oleh Karpal (DAP) semata-mata mahu mencapai cita-cita parti DAP.

8. PAS gagal menjadi sebuah parti yang melindungi orang Melayu. PAS hanya banyak memperjuangkan parti dari nasib orang Melayu. Kadang-kadang PAS bersuara setelah tersepit dengan isu yang mencengkam partinya tetapi PAS masih gagal memenangi hati orang Melayu.

9. Islam di kalangan pemimpin PAS hanya ‘comel’ luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian. Pemimpin PAS dikenali dengan kuat emosi, tidak berhemah dan suka maki hamun. Lebih teruk lagi PAS suka mengutuk dan menghina rakan seagama yang tidak sefahaman dengannya.

10. PAS ibarat 'melacur kedaulatan Islam' dan musuh Negara Islam kerana sedaya upaya merompak kuasa politik Islam di Malaysia. Malahan PAS menjalin 'kerjasama haram' dengan DAP secara terang-terangan bertentangan hukum Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...