PUNT! Serang Habis-Habisan!!

Entry kali ni merujuk kepada pemerhatian AS terhadap siri kejohanan futsal yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Nibong Tebal. Kali ini mereka memfokuskan kepada skop yang lebih kecil dimana penganjuran adalah mengikut DUN. Untuk makluman, didalam Parlimen Nibong Tebal mempunyai 3 DUN iaitu Sungai Acheh, Sungai Bakap dan DUN Jawi. Apa yang difahami oleh AS ialah syarat permainan ialah pemain-pemain MESTI tinggal di DUN terbabit sahaja. Bukannya kejohanan terbuka.

menurut laporan yang diambil dari blog Pemuda Nibong Tebal, keseluruhan jumlah pasukan yang menyertai kejohanan terbabit adalah sebanyak 152 pasukan dimana DUN Sungai bakap sebanyak 80 pasukan, DUN Sungai Acheh 40 pasukan dan DUN Jawi sebanyak 32 pasukan. PUNT juga menjalankan gerakkerja yang baik dengan membuka kaunter pendaftaran SPR dengan mendaftarkan pemilih-pemilih baru untuk berdaftar dengan SPR.

Hasil dari tinjauan AS dengan 3-4 orang pemain, mereka menyambut baik langkah PUNT mengadakan kejohanan ini dengan mengenakan kadar yuran kejohanan yang amat minima. Ada juga yang membandingkan dengan Piala 9 sebelah YB Maktar ADUN PKR Sungai Bakap tahun lalu dengan mereka mengatakan yang YB terbabit hanya pikir nak buat duit sahaja dengan yuran pendaftaran yang sangat mahal.Ada yang sebelum ini menyokong PR sebelum ini namun depan AS beliau berjanji akan menyokong UMNO kerana dia sendiri nampak yang UMNO begitu aktif mendekati rakyat terutamanya pemuda bukannya macam PR yang hanya tak habis-habis berpolitik 24 jam sahaja.

InsyaAllah, semoga kerusi Parlimen Nibong tebal, DUN Sungai bakap dan jawi akan kembali menjadi milik BN pada PRU akan datang dengan pelbagai gerak kerja yang akan terus dilakukan oleh UMNO Nibong tebal.


DUN Sungai Bakap
DUN Sungai Acheh
DUN Jawi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...