Tony Pua Masuk Askar Wataniah?

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, untuk turut sama menyertai Rejimen Askar Wataniah yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan (Kementah).

Beliau yang ditemui pada sidang media majlis Pelancaran Penubuhan Kumpulan Ketiga dan Keempat Askar Wataniah Kementah, dan Platun Media Siber Askar Wataniah berkata, Ahli Parlimen itu perlu menunjukkan jati diri untuk turut sama menyertai pasukan pertahanan negara menerusi latihan ketenteraan yang disediakan oleh Kementeriannya.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Rembau, Khairi Jamaluddin Abu Bakar, adalah satu-satunya Ahli Parlimen yang menyertai Askar Wataniah, di mana beliau turut dinobatkan sebagai prebet terbaik Rejimen 508 Askar Wataniah pada sesi latihan sebelum ini.

“Saya menjemput semua ahli parlimen untuk menyertai Askar Wataniah, terutamanya Ahli Parlimen PJ Utara, usah hanya pandai bersembunyi dan berkokok di Dewan Rakyat tanpa membuktikan jati diri dan semangat cintakan negara kepada rakyat”, katanya di sini hari ini.

Menurut Zahid, Askar Wataniah sudah mempunyai seramai 57,000 orang anggota yang dibahagikan kepada 172 platun untuk setiap parlimen dan mensasarkan pertambahan anggota seramai lebih 43,000 orang untuk menggenapkan 222 platun untuk setiap kawasan parlimen seluruh negara.

Justeru itu, beliau menyeru agar lebih banyak penyertaan dari kalangan orang awam untuk menyertai Askar Wataniah sebagai sukarelawan dan bakal diberikan insentif sebagaimana yang dinikmati oleh Askar Wataniah terlatih yang lain.

AS:Amacam? Ada Berani Tony Pua? Sembang saja lebih, semua sana sini tak kena..
Tony Pua kata buat apa nak masuk askar, sebab buat apa nak pertahankan negara? ini bukan negara depa betul tak? depa cuma nak jadi tuan dinegara ini saja
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...