PM ada 13 kes seks

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi terlibat dalam 13 perlakuan seksual pada tahun lepas dengan penari kelab malam, Ruby the Heart Stealer ketika dia berusia 17 tahun, lapor media yang memetik pendakwa raya, semalam.

Satu siasatan berhubung sindiket pelacuran diuruskan oleh tiga kenalan Berlusconi berkata, 33 wanita termasuk Ruby terlibat dalam kegiatan itu.

Ia juga memberikan maklumat terperinci mengenai parti yang diadakan di mana wanita disentuh atau disentuh secara seksual oleh Berlusconi.

Berlusconi, 74, menghadapi perbicaraan berasingan bermula 6 April ini berhubung dakwaan membayar Ruby untuk khidmat seks atau nama sebenarnya Karima El Mahroug yang berada di bawah umur dan kemudian menggunakan jawatannya untuk cuba menutup kegiatan jenayah itu.

Berlusconi dan El Mahroug menafikan pernah mengadakan hubungan seks dan Perdana Menteri itu juga menafikan semua dakwaan tersebut.

Keputusan siasatan semalam mendedahkan bahawa parti yang diadakan di vila mewah Berlusconi melibatkan topeng, tarian bogel dan erotik dan Perdana Menteri itu memilih satu atau lebih wanita untuk mengadakan hubungan seks.

Kenalan Berlusconi yang disiasat termasuk ejen selebriti, Lela Mora, pengacara televisyen, Emilio Fede dan Nicole Minetti, bekas penari kelab malam yang kini merupakan ahli Parlimen Parti Kebebasan Rakyat pimpinan Berlusconi di Milan.

Fede mula bertemu El Mahroug di sebuah pertandingan ratu cantik di Sicily pada 2009, ketika dia berusia 16 tahun, kata dokumen siasatan tersebut.

Meurut dokumen itu, Fede dan Mora memilih wanita muda yang mahu melacurkan diri apabila Minetti menguruskan pengangkutan dan bayaran. – AFP

AS: hahaha.. pencacai PR mesti tertipu dan kelam kabut buka ingatkan PM Malaysia kan?
Alhamdulillah, PM Malaysia bebas dari segala skandal yang bukan-bukan.
Yang ada cuma tohmahan dan fitnah jahat dari juak pakatan haram..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...